• PUSAT
  • PUSAT
  • JAMINAN KUALITI
  • icmslpte-cutie-Klinik PanelPortal Pelajare-Pay SlipPermohonan Online (U)Permohonan Online (P)DirektoriIRTIPerjawatanSemak Permohonan
  • Seminar Psikiatri dan Perundangan
    24 Sep, Sun | 08:00AM - 05:00PM

Pusat Jaminan Kualiti

  • PUSAT JAMINAN KUALITI

    Pusat Jaminan Kualiti (PJK) pada awalnya dirasmikan pada 24 November 2011 di Kampus INSANIAH, Mergong dengan perlantikan Pengarah, Prof. Madya Dr. Sharifah Azizah binti Syed Sahil Jamalullail. Namun begitu, perjalanan PJK telah melalui beberapa perubahan.

    Ketika ini, PJK sedang merancang untuk melihat secara keseluruhan sistem kualiti INSANIAH untuk tujuan penambahbaikan sistem yang sedia ada. Terdapat tiga unit yang beroperasi di bawah PJK iaitu Unit Pengajaran dan Pembelajaran, Unit Perancangan Strategik dan Unit Jaminan Kualiti yang merangkumi beberapa skop tugas masing-masing.

     

     
  • VISI

    Menyediakan sistem yang lebihefisyen dan efektifyang membolehkan pentadbiran pengurusan tertinggi dan program-program akademik mencapaimisi dan visiINSANIAHmelalui amalanbudaya kualiti.


    MISI

    Misi Pusat Jaminan Kualiti INSANIAH berfungsi sebagai satu entiti bebas dan objektif yang menilai dan mengkaji program-program akademik Universiti bagi mencapai pengiktirafan sebagai Universiti Pilihan Utama.


    FALSAFAH KUALITI

    Konsep Kualiti bukanlah satu perkara yang baru dalam Islam. Sebagai seorang Muslim, agama kita mendorong untuk melaksanakan tugas dengan cara yang sempurna. Ini adalah tuntutan agama, di mana Allah akan membalas orang-orang yang melakukan perbuatan yang baik. Terdapat banyak ayat-ayat suci al-Quran dan Hadith yang menitikberatkan tentang kualiti. Sebagai contoh Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Naml ayat 88 yang bermaksud:

    (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat setiap sesuatu dengan sempurna (itqan); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang kamu kerjakan.

    Dan dalam surah Al-Kahfi ayat 30 yang bermaksud:

    Sesunggunya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala mereka yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik.

    Dan maksud Sabda Nabi Muhammad SAW:

    "Sesungguhnya Allah a'zzawajalla, menyukai apabila seseorang di antara kamu melakukan pekerjaan kamu dengan cara berkualiti (tekun dan cermat)" Hadith Sahih dari Majmai' al zawaai'd.

    Dalam ayat di atas Allah mencintai seseorang yang apabila berfungsi, dia melakukannya dengan cara sempurna (Itqan). Oleh itu, semua peringkat kakitangan perlu memahami bahawa dalam melaksanakan sesuatu tugas, seseorang kakitangan perlu melakukan yang terbaik daripada keupayaannya untuk mencapai kesempurnaan kualiti.

    Maksud Itqan adalah untuk menguruskan atau melaksanakan sesuatu bagi mencapai hasil yang paling sempurna.

    Antara prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam yang berkaitan dengan kualiti adalah:

    • Menyukai kerja dan melakukannya dalam keadaan yang baik.
    • Al-Syura: perbincangan terbuka dan perundingan.
    • Audit, penilaian, akauntabiliti, dan pengawasan kendiri.
    • Kerja berpasukan dan bekerjasama dengan orang lain.
    • Komitmen dan keberkesanan.

    POLISI KUALITI

    INSANIAH komited melaksanakan visi, misi dan objektifnya melalui pembangunan budaya kualiti yang menyeluruh dan berterusan demi kesejahteraan semua pelanggannya berkonsepkan Itqan dan Ihsan, semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.


    OBJEKTIF

    1. Untuk meningkatkan Pembangunan Prestasi Berterusan (Continious Performance Development-CPD) Universiti melalui pembangunan sistem kualiti yang menyeluruh di Universiti;
    2. Untuk merancang dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti INSANIAH (SPKI) bagi memastikan program-program pengajian akademik Universiti mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada pihak-pihak berkenaan dalam dan luar negara;
    3. Untuk merancang dan mengkoordinasikan segala urusan berkaitan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA/D SETARA);
    4. Untuk memantau serta menyelaras pelaksanaan Pelan Strategik Universiti (PSU);
    5. Untuk mengurus dan mengendalikan segala aktiviti audit kualiti dalaman pengurusan dan akademik;
    6. Untuk membangun, mengurus dan mengemaskini dokumen-dokumen dan pengkalan data selaras dengan keperluan MQA/COPIA/COPPA/APA/KPT atau agensi yang berkaitan dalam dan luar negara;
    7. Untuk memastikan pembangunan kakitangan dan ahli-ahli akademik dilaksanakan bertepatan dengan kehendak SPKI; dan
    8. Untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan mengikut arahan Pengurusan Tinggi Universiti dari masa ke masa.

     

     
  • FUNGSI-FUNGSI UTAMA

    Pusat Jaminan Kualiti berfungsi sebagai peneraju utama yang merancang dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti INSANIAH (SPKI) yang mematuhi sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).


    UNIT-UNIT DI PUSAT JAMINAN KUALITI & FUNGSINYA

    Terdapat tiga unit di Pusat Jaminan Kualiti:

    1. Unit Pengajaran dan Pembelajaran (Program & Latihan):
      1. Bertanggungjawab merancang secara komprehensif akan keperluan latihan staf akademik bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P);
      2. Menyediakan cadangan Pelan Induk (P&P) beserta cadangan bajet untuk latihan staf akademik setiap tahun;
      3. Mengurus program-program akademik, seminar, kursus dan latihan;
      4. Mengkaji kesan/impak latihan yang dilaksanakan dan menyediakan laporan kepada pihak Pengurusan Tertinggi;
      5. Mengurus dan menyelaras kajian kualiti pengajaran dan pembelajaran (TER); dan
      6. Membantu dalam pembangunan program-program baru akademik.
    2. Unit Jaminan Kualiti:
      1. Mewujudkan Sistem Pengurusan Kualiti INSANIAH (SPKI);
      2. Merancang dan mengurus pelan pelaksanaan bagi SPKI dan dokumentasi di INSANIAH;
      3. Merancang dan mengurus keperluan SETARA, D SETARA dan lain-lain dengan kerjasama Jabatan-jabatan, Kulliyyah-Kulliyyah dan agensi-agensi yang berkenaan;
      4. Merancang dan mengurus aktiviti-aktivi Audit Kualiti Dalaman (audit tapak, pelan tindakan bagi peningkatan dan lain-lain);
      5. Pengurusan dan penyelarasan audit luar (pensijilan, pengawasan, dan lain-lain audit);
      6. Mengurus perlaksanaan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti melalui penyelarasan Projek Penambahbaikan Kualiti (QIP) untuk penambahbaikan yang berterusan; dan
      7. Mengurus dan menyelaras kajian kepuasan pelanggan (dalaman dan luaran).
    3. Unit Perancangan Strategik:
      1. Membantu penyediaan Pelan Bisnes/Pelan Kewangan tahunan INSANIAH;
      2. Membantu dan menyelaras keperluan naik taraf INSANIAH kepada Universiti penuh;
      3. Merancang dan menyelaras keperluan ke arah kewangan lestari;
      4. Membantu menyediakan buku Plan Perspektif Wawasan Fasa II Pembangunan INSANIAH;
      5. Merancang, mengurus dan menyelaras seminar dan perbincangan perancangan strategik INSANIAH; dan
      6. Menguruskan pengumpulan maklumat, menganalisa dan menyediakan laporan Perancangan Strategik INSANIAH setiap suku tahun, setengah tahun dan tahunan kepada pihak Pengurusan Tertinggi.

     

     
  • PUSAT JAMINAN KUALITI
    Tel : 04 415 5000 / 5044      
     BILGAMBARNAMA JAWATAN EXT EMAIL 
    1   DR. HANIZAN SHAKER BIN HUSSAIN PENGARAH 5091 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    2   ANAS SUZASTRI BIN AHMAD TIMBALAN PENGARAH I (UNIT PENGAJARAN & PEMBELAJARAN) 5094 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    3   MOHAMAD FAZALI BIN GHAZALI TIMBALAN PENGARAH II
    (UNIT PENGURUSAN ISO & INOVASI)
    5094 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
        ZALIA ISMI BINTI IBRAHIM PENOLONG PENDAFTAR 5095 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
        NAZURA BINTI ABDULLAH PENYELIA ASRAMA 5092 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    4  teah NURFATEHAH BINTI SALLEHUDDIN PEMBANTU TADBIR (P/O) 5092  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.