Skip to main content

Mesyuarat Pembukaan Lawatan Penilaian Pembaharuan Akreditasi Penuh Program Ijazah Sarjana Kaunseling

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) menerima Lawatan Penilaian Pembaharuan Akreditasi Penuh bagi program Ijazah Sarjana Kaunseling (MQA/FA 0105-02) oleh dua orang Panel Penilai Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) iaitu Prof. Madya Dr. Puteri Hayati Megat Ahmad dan Dr. Edris Aden, serta seorang Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu En. Muhammad Isa Ellas, pagi ini.
    ย 
    Mesyuarat Pembukaan Lawatan Penilaian telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor UniSHAMS. Lawatan Penilaian ini dijangka akan berlangsung selama dua hari, sehingga 20 Februari 2024.
    ย 
    Hadir bersama pada Mesyuarat Pembukaan tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan, Pegawai Akademik dan Pentadbiran Kulliyyah Kaunseling & Sains Sosial (KAUSAS), Ketua-Ketua KPB serta Pegawai UniSHAMS.
    ย 
    Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan berkaitan Lawatan Penilaian Pembaharuan Akreditasi Penuh bagi program Ijazah Sarjana Kaunseling (MQA/FA 0105-02).

    Sustaining Knowledge Through Wisdom