• Pusat Teknologi Maklumat yang dahulunya dikenali sebagai Unit IT telah ditubuhkan pada 16 Jun 1998. Pada awal penubuhan, fungsinya adalah sebagai Pusat Komputer yang lebih tertumpu kepada perkhidmatan perkomputeran untuk staf dan pelajar memandangkan penggunaan IT tidak begitu meluas pada ketika itu. Namun kini, pentadbiran Pusat Teknologi Maklumat merangkumi pelbagai aspek seperti menguruskan segala hal yang berkaitan dengan ICT di Kolej Universiti Insaniah samada daripada keperluan perisian, perkakasan dan infrastruktur malah merancang matlamat untuk masa depan ICT Kolej Universiti Insaniah.
  • Membangunkan infrastruktur dan meningkatkan penggunaan teknologi informasi dan komunikasi terkini dengan :
    1. Menyediakan system rangkaian yang efisyen seluruh kampus.
    2. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran berterusan kepada teknologi informasi dan komunikasi terkini.
    3. Melakukan penyelidikan dan pembangunan aplikasi system terkini secara berterusan.
    4. Mewujudkan persekitaran E-universiti.
    5. Menggalakkan penggunaan teknologi informasi dan komunikasi dengan menyediakan kursus dan latihan yang berterusan
  • Menjadi nadi yang menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat terkini dan terkehadapan bagi menyokong pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan dalam membentuk warga Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) yang berteknologi, berinovasi dan berinformasi.
  • Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan jentera pentadbiran pengurusan dan pendidikan melalui penggunaan Teknologi Maklumat
    1. Melahirkan golongan berpengetahuan Islam dan kemahiran professional yang menghayati Islam.
    2. Membangunkan ummah berlandaskan akidah ahli-sunnah waljamaah yang berfikiran terbuka, rasional, bervisi jauh, berketerampilan dan berkeyakinan teguh.
    3. Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan.
    4. Menggunakan teknologi maklumat dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.
    5. Menjalinkan hubungan akademik di peringkat antarabangsa.
    6. Melahirkan generasi bertaqwa, berakhlak mulia, personality yang seimbang, harmonis, dan holistic.

Hubungi Kami

Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04-415 5110
pengarahptmk@unishams.edu.my
  • Header

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my