1. Jabatan HEP berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kepada pelajar dalam aspek kemudahan penempatan, kebajikan, tatatertib, kesihatan dan kaunseling yang bermatlamatkan untuk mewujudkan suasana persekitaran kampus yang kondusif dengan menyemai, menerap dan menyuburkan budaya hidup kampus yang harmonis dan berkualiti.

  2. Melaksanakan peraturan tatatertib kampus pengajian yang berdisiplin dan berhemah tinggi berdasarkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Perlembagaan Kolej Universiti INSANIAH dan Peraturan Tatatertib yang berkuatkuasa.

  3. Memantapkan peranan dan tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Pelajar selaras dengan amalan terbaik industri pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa berasaskan objektif, misi, visi, aspirasi dan halatuju Kolej Universiti INSANIAH. Dengan melanggani konsep mesra pelanggan, penambahbaikan disasari melalui latihan pembangunan modal insan jabatan. Jabatan Hal Ehwal Pelajar bersikap terbuka dalam memperkenalkan halacara penambahbaikan yang akan mencetus peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan.

  4. Menawarkan program pembangunan sahsiah yang holistik dalam pembangunan jatidiri graduan yang seimbang, berketrampilan penuh penghayatan Islam dengan menekankan aspek profesionalisme, menyemai dan menyuburkan patriotisme sekaligus meletakkan graduan pada kedudukan kebolehpasaran yang tinggi.

  5. Mempelopori usaha-usaha Kolej Universiti INSANIAH dalam memaksimakan pulangan kepada pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders).

Kolej Universiti INSANIAH

09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@insaniah.edu.my
aduan@insaniah.edu.my


logo_setara logo_mqa