Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) merupakan sebuah jabatan yang penting dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peranan utamanya menyedia dan mengurus perkhidmatan kepada pelajar serta bertanggung jawab dalam membangunkan sahsiah dan potensi pelajar.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar adalah penyedia perkhidmatan menyeluruh yang berkualiti kepada pelajar dalam usaha menjadi pemangkin ke arah pembentukan kecemerlangan, kewibawaan dan ketrampilan pelajar melalui perancangan dan perlaksanaan program pembangunan sahsiah. Penyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, kecemerlangan pelajar yang dihasratkan mestilah dalam bentuk kombinasi kecemerlangan akademik , kokurikulum dan sahsiah diri, seiring usaha melahirkan graduan yang berkualiti, seimbang, kompeten dan berdaya untuk terus maju serta melanggani konsep pembelajaran yang berterusan.

Kolej Universiti INSANIAH

09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@insaniah.edu.my
aduan@insaniah.edu.my


logo_setara logo_mqa