•  

    Alhamdulillah segala pujian dan syukur bagi Allah SWT, kerana atas kebesaran dan rahmatNya dapat dibangunkan laman web Pusat Pengajian Umum UniSHAMS dengan tujuan menjadikannya sebagai salah satu saluran penyebar matlumat akademik kepada seluruh warga UniSHAMS serta masyarakat sekelilingnya.

    Pusat Pengajian Umum menawarkan kursus mata pelajaran umum atau lebih dikenali sebagai modul wajib UniSHAMS kepada semua pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Modul Wajib melibatkan komponen kursus-kursus wajib MQA .

    Penawaran mata pelajaran di pusat ini secara tidak langsusng dapat membina kemahiran diri para pelajar melalui program-program serta aktiviti-aktiviti yang dirangka ketika proses pembelajaran berlaku.

    Kandungan maklumat yang disediakan merangkumi maklumat akademik dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Umum. Aktiviti dan kursus serta perkhidmatan kepada pengunjung yang dianjurkan dapat memberi nilai tambah dan memudah cara kepada pendidikan di Universiti selaras dengan matlamat menjadikan insan berilmu.

    Besar harapan saya agar halaman ini dapat memberi maklumat dan panduan kepada semua pihak

    Akhir kalam:

    Kalau hendak tahu orang berbangsa,

    Tengok kepada budi dan bahasanya

    Dalam berkata berlemah lembut

    Dalam melangkah berpatut-patut

    Bila duduk tahu tempatnya

    Bila tegak tahu adatnya.

                           (Hashim Hj Musa,2008)

    Sekian, terima kasih

    ADLINA BINTI ABD. KHALIL
    PENGARAH
    PUSAT PENGAJIAN UMUM
  •  

    Menjadi pusat khidmat sokongan (support service center) bertaraf tinggi dalam memberikan perkhidmatan ilmiah dan professional bagi memupuk kecemerlangan pelajar serta mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

  • Melahirkan pelajar yang mempunyai keterampilan intelektual, nilai-nilai islamik dan kemahiran insaniah agar dapat menjadi insan yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

  • OBJEKTIF UTAMA

    Mengendalikan kursus-kursus umum dengan sistematik dan sejajar dengan misi dan visi UniSHAMS.

    OBJEKTIF KHUSUS

    • Menyediakan prasarana pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan (K-Communities).
    • Menyediakan kurikulum yang bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills)dan menjamin keperluan tenaga kerja negara.
    • Menyediakan hubungan strategik bagi memantapkan hubungan dengan masyarakat luar.

Hubungi Kami

Pusat Pengajian Umum
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 - 415 5567/ 5569
pengarahppu@unishams.edu.my

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my