• Segala puji bagi Allah S.W.T dan Selawat serta Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

    Kewangan Islam merupakan salah satu bidang tujuhan dan kekuatan UniSHAMS. Berdasarkan kepentingan dan potensi kewangan Islam di Malaysia maka bidang ini perlu dilestarikan agar ia terus berkembang sehingga menjadi satu industri yang mengimbangi sistem kewangan konvensional.  

    Penubuhan Pusat Pengajian & Penyelidikan Kewangan Islam (Center for Islamic Finance and Research) atau UniSHAMS –CIFER sebagai sebuah pusat kecemerlangan di UniSHAMS merupakan langkah proaktif UniSHAMS untuk memperkasakan bidang ini diperingkat nasional dan juga diperingkat global. UniSHAMS-CIFER menawarkan program-program pengajian dalam bidang Kewangan Islam bermula daripada tahap diploma sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu peringkat ijazah kedoktoran.

    Selain itu UniSHAMS-CIFER juga mempunyai komitmen untuk menghasilkan penyelidikan dan penerbitan bermutu tinggi khususnya dalam bidang kewangan dan perbankan Islam. Kami juga akan memastikan aktiviti-aktiviti ilmiah berkaitan kewangan Islam akan sentiasa dijalankan di UniSHAMS secara aktif. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah siri syarahan kewangan Islam, bengkel dan latihan yang akan memberi nilai tambah kepada pelajar dan kepada semua pemegang taruh.

    Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua untuk menyertai kami di UniSHAMS–CIFER dalam perjuangan untuk memartabatkan Kewangan Islam di mata dunia. Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT.

    Sekian. Terima Kasih.

    Pengarah.

  • Pusat Pengajian & Penyelidikan Kewangan Islam (Center for Islamic Finance and Research) atau UniSHAMS-CIFER telah ditubuhkan pada Febuari 2018. UniSHAMS-CIFER pada asalnya ialah Jabatan Kewangan Islam iaitu salah satu daripada empat Jabatan dalam Kulliyyah Muamalat dan Sains Pengurusan (KMS). Penubuhan UniSHAMS-CIFER adalah untuk menonjolkan bidang kewangan Islam sebagai satu bidang tujahan (niche) UniSHAMS dan untuk memperkasakan bidang pengajian Kewangan Islam di UniSHAMS.

    Kewujudan UniSHAMS-CIFER juga adalah untuk membezakannya sebagai kumpulan kajian yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam pencapaian penyelidikan dan penerbitan, serta memberi sumbangan kepada bidang ekonomi Islam, perbankan Islam, kewangan Islam dan muamalat serta hubungan kemasyarakatan akademik. Aktiviti utama yang akan dilaksanakan tertumpu kepada pengintegrasian penawaran program, penyelidikan, penerbitan, latihan, penganjuran bengkel, perundingan dan seminar serta hubungan industri kewangan Islam.

    UniSHAMS-CIFER menawarkan lima program pengajian iaitu Diploma Perbankan Islam, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam), Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam dan Ijazah Kedoktoran Falsafah (Kewangan dan Perbankan Islam).

  • Visi

    Menjadi pusat kecemerlangan untuk pendidikan, penyelidikan dan penerbitan  dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam dengan berintegrasikan ilmu dan kebijaksanaan.

     Vision

    To be as a centre of excellence for education, research and publications in Islamic Banking and Finance with the integration of knowledge and wisdom.

    Misi

    • Mendidik dan menghasilkan graduan dan ilmuwan yang berpengetahuan dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam yang dilengkapi dengan akhlak mulia dan holistik.
    • Menerajui penyelidikan dan penerbitan dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam dengan berintegrasikan ilmu dan kebijaksanaan.

    Mission

    • To educate and produce competent graduates and scholars knowledgeable  in the field of Islamic Banking and Finance equipped with holistic and noble characters.
    • To spearhead research and publications in the field of Islamic Banking and Finance with the integration of knowledge and wisdom.

    Moto

    Melestarikan ilmu dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam melalui kebijaksanaan.

     Motto

    Preserving knowledge in the field of Islamic Banking and Finance through wisdom.

Hubungi Kami

Pusat Pengajian dan Penyelidikan Kewangan Islam (UniSHAMS-CIFER)
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04-415 5551
cifer@unishams.edu.my
 
  • Utama
  • Pusat
  • Pusat Pengajian dan Penyelidikan Kewangan Islam

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my