• الـحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد

     Saya panjatkan syukur kepada Allah SWT atas peluang untuk memberikan ucapan aluan dalam halaman Pusat Bahasa KUIN ini.

    Pusat Bahasa KUIN mempunyai dua unit iaitu Unit Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan menawarkan kursus-kursus bahasa teras universiti yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa di KUIN mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak akademik KUIN serta mengikut struktur dan piawaian Malaysian Qualifications Agency (MQA).

    Pusat Bahasa KUIN juga bertanggungjawab menguruskan terjemahan dokumen, khidmat suntingan dan bacaan pruf abstrak tesis ijazah sarjana dan doktor falsafah, serta menyelia kursus intensif bahasa (Arab dan Inggeris) kepada mahasiswa.

    Besar harapan saya agar halaman ini dapat menjadi sumber rujukan kepada anda untuk mendapatkan maklumat, dan berita terkini mengenai Pusat Bahasa KUIN.

    Sekian, terima kasih.

    Puan Norlaila Binti Saadan
    Pengarah Pusat Bahasa
  • Menjadi Pusat Bahasa bertaraf tinggi dalam memberikan perkhidmatan ilmiah dan professional bagi memupuk kecemerlangan pelajar serta mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
  • Memperkukuhkan penguasaan bahasa (Inggeris/Arab) dikalangan pelajar dan memperkembangkan penggunaan bahasa ke aras yang sewajarnya, disamping memupuk perkkembangan pelajar agar memiliki modal insan yang tinggi dengan ilmu yang luas, disiplin yang tinggi, akhlak yang Islamik dan budaya yang unggul melalui penawaran kursus-kursus yang bersepadu.

Hubungi Kami

Pusat Bahasa
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 - 415 5132
pengarahpusatbahasa@unishams.edu.my
  • Header

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my