• الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

    Terima kasih kerana memilih Pusat Pengajian Asasi, UniSHAMS untuk memasuki gerbang pengajian tinggi. Pilihan yang tepat telah dilakukan kerana Pusat Pengajian Asasi telah membuktikan keupayaannya menghasilkan graduan peringkat asasi yang berdaya saing di peringkat pra-siswazah.

    Dengan dua program yang ditawarkan dan telah mendapat pengiktirafan MQA jelas menunjukkan bahawa kesemua bidang ilmu adalah sangat penting dalam dunia serba moden ini. Garapan ilmu-ilmu naqliyyah dan aqliyyah dalam setiap program menjamin kualiti yang terbaik untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

    Pusat Pengajian Asasi, UniSHAMS telah menggabungkan antara keunikan sukatan pengajian dan juga kualiti tenaga akademik yang berpengalaman dan berkebolehan juga kelengkapan prasarana pengajian dan penginapan bagi menjamin suasana pengajian yang kondusif.

    Selamat datang diucapkan kepada mereka yang inginkan kecemerlangan akademik dan keunggulan sahsiah dan janji kami untuk tidak menghampakan harapan anda untuk berjaya.

    Sekian, terima kasih.

  • Pusat Pengajian Asasi ditubuhkan pada 1 Mac 2009 dan di awal penubuhannya, ia diketuai oleh seorang Dekan. Peranan utamanya adalah untuk menawarkan tiga program sijil (Asasi) iaitu program Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan dan Asasi Sains. Pada 2014, Pusat Pengajian Asasi diurus dan ditadbir oleh Pengarah dan dibantu oleh 3 orang penyelaras program.

    Program Asasi merupakan program ‘fast track’ setahun (3 semester) yang dirangka khusus oleh UniSHAMS kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian. Pelajar lepasan Asasi akan terus melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda UniSHAMS atau institusi lain selepas tamat program Asasi dengan jayanya. Kesemua program Asasi telah mendapat pengiktirafan oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) dan KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) sejak 2010.

    Kewujudan program ini dijangka dapat memberi sumbangan kepada universiti dan negeri Kedah amnya dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan disamping melahirkan graduan yang cemerlang, bertakwa dan berketerampilan melalui integrasi pendidikan berteraskan elemen profesional dan Islamisasi.

    VISI

    Menjadi sebuah Pusat Pengajian Asasi yang unggul dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dan berkompeten dalam pelbagai bidang berlandaskan nilai-nilai Islamiah yang menjadi teras di dalam pendidikan UniSHAMS.

    MISI

    Mencapai tahap pendidikan yang cemerlang dan berpotensi membina generasi yang berjaya dalam pelbagai bidang.

    OBJEKTIF

    • Menyediakan pelajar untuk kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda di dalam pelbagai jurusan seperti seperti Pentadbiran Perniagaan, Kewangan dan Perbankan Islam, Perancangan Kewangan Islam, Perakaunan, Pengajian Islam danTeknologi Maklumat dengan memperkasakan pelajar di dalam bidang-bidang yang berkaitan.
    • Penguasaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
    • Memberi laluan terpantas dan terbaik untuk mengikuti program-program di peringkat Ijazah.
  •  Program Asasi Pengajian Islam (A 9809)
     
    • SYARAT KEMASUKAN
      Memiliki kelayakan SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; DAN


      Lulus Bahasa Arab dan Sejarah; ATAU


      Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setarara serta diperakui oleh Senat.


    • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
      Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
      Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan Perbankan Islam)
      Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab
      Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
      Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat
    • Nombor Rujukan A9809
      Nombor Siri Sijil 05028
      Nama Kelayakan Program Asasi Pengajian Islam
      Tarikh Akreditasi* (dd/mm/yyyy) Mulai 23/06/2010
      Peringkat Kelayakan Program Asas
      Tahap MQF Kelayakan ini untuk kemasukan ke program tahap lebih tinggi.
      Bidang NEC (National Education Code) 010 (Basic / Broad, General Programmes)
      Bil. Kredit 51
      Tempoh Pengajian
      Bil. Minggu Bil. Semester Bil. Tahun
      Panjang 14 3 1
      Pendek 7 - -
      Catatan TB
     

     

    Program Asasi Pengurusan (A9723)

    • SYARAT KEMASUKAN
      Memiliki kelayakan SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; DAN


      Lulus Bahasa Inggeris,Matematik dan Sejarah; ATAU


      Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setarara serta diperakui oleh Senat

    • Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Teknologi Multimedia)(A9706)(R/481/6/0472) (KMS)
      Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Rangkaian)(A9708)(R/481/6/0471)(KMS)
      Perakauanan (A9712)(KMS)
      Pentadbiran Perniagaan (A8076)(KMS)
      Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam)(A9709)(KMS)
      Pentadbiran Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam)(A9710)(KMS)
    • Nombor Rujukan A9723
      Nombor Siri Sijil 04595
      Nama Kelayakan Asasi Pengurusan
      Tarikh Akreditasi* (dd/mm/yyyy) Mulai 01/07/2010
      Peringkat Kelayakan Program Asas
      Tahap MQF Kelayakan ini untuk kemasukan ke program tahap lebih tinggi.
      Bidang NEC (National Education Code) 010 (Basic / Broad, General Programmes)
      Bil. Kredit 50
      Tempoh Pengajian
      Bil. Minggu Bil. Semester Bil. Tahun
      Panjang 14 3 1
      Pendek 7 - -
      Catatan TB

  • Antara syarat-syarat permohonan skim :

    • Pemohon merupakan pelajar program Asasi UniSHAMS.
    • Terbuka kepada semua anak negeri Malaysia.
    • Skim Derma Siswa Negeri Kedah ditawarkan untuk 3 semester (1 tahun pengajian) SAHAJA merangkumi:
      • Yuran Pendaftaran
      • Yuran Pentadbiran
      • Yuran Pengajian
    • Pemohon perlu memastikan segala peraturan dan tatatertib pelajar Asasi dipatuhi. Keingkaran mematuhi peraturan dan tatatertib akan menyebabkan DSNK ditarik dan segala kos yang telah ditanggung oleh UniSHAMS perlu dibayar balik.
    • Pelajar yang menerima Derma Siswa Negeri Kedah (DSNK) WAJIB meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga tamat di UniSHAMS. Sekiranya gagal berbuat demikian, maka pelajar perlu membayar semula semua kos yang telah ditanggung oleh UniSHAMS.

    Insentif Pembiayaan:

    • Penstrukturan yuran pelajar Asasi dan insentif pembiayaan DSNK akan bermula pada semester 1 tetapi kelayakan manfaat DSNK bagi semester 2 mengambil kira pencapaian Pencapaian Purata Matagred Semester (PMS) pada semester 1 dan kelayakan manfaat DSNK bagi semester 3 mengambil kira pencapaian PMS  pada semester 2.

    Jadual insentif pembiayaan seperti berikut:

    Semester yang
    dibiaya

     

    Keputusan semester
    yang diambil kira

     

    Pencapaian Purata Mata
    pelajaran Semester 1 dan 2

     

    Yuran

    Pendaftaran

     

    Yuran Pengajian

     

    Yuran pentadbiran

     
     

    Yuran Asrama

     1  Tiada  Tiada  Dibiaya   Dibiaya   Dibiaya  Tidak Dibiaya
     2 dan 3    1 dan 2    3.00 - 4.00  Dibiaya   Dibiaya  Dibiaya  Tidak Dibiaya
     2.00 - 2.99  Dibiaya    Dibiaya  Tidak Dibiaya  Tidak Dibiaya
     1.99 dan kebawah  Dibiaya Tidak Dibiaya  Tidak Dibiaya  Tidak Dibiaya
     
    Nota : Pelajar hanya ditawarkan Derma Siswa Negeri Kedah untuk 3 semester sahaja.

Hubungi Kami

Pusat Pengajian Asasi
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
04-415 5561/5562/ 5560(Pengarah)
pengarahasasi@unishams.edu.my
  • Header

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my