• Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Pusat Jaminan Kualiti (PJK) ditubuhkan pada 24 November 2011. Penubuhan PJK adalah selaras dengan syor MQA supaya Kolej universiti INSANIAH (INSANIAH) menubuhkan Pusat Jaminan Kualiti (Quality Assurance Division) untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti INSANIAH lebih terancang dan berkesan .

    Dalam usia semuda ini dan kebertanggungjawaban yang begitu besar untuk menyelaras dan memantau Kitaran Kualiti INSANIAH, PJK telah melakar landasan kukuh dengan mewujudkan dua (2) potfolio iaitu Unit Pengajaran dan Pembelajaran dan Unit Perancangan ISO dan Inovasi.Untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti Universiti berkesan serta penambahbaikan secara  berterusan dilakukan,  PJK sentiasa  berusaha  mengamalkan nilai murni(shared values)iaitu Kepimpinan, Profesionalisme dan Berintegriti.

    Demi meningkatkan Sistem Jaminan Kualiti INSANIAH, PJK sentiasa berusaha dan komited serta menjadikan misi PJK sebagai satu entiti bebas yang berperanan menilai dan mengkaji program-program akademik ke arah mencapai kecemerlangan melalui penyebaran, penerokaan dan proses Islamisasi ilmu untuk menghadapi cabaran semasa dan terus melangkah ke hadapan sebagai Universiti Pilihan Utama.

    Dr. Hanizan Shaker Hussain

    Pengarah

    Pusat Jaminan Kualiti
  • Menjadi Sebuah Universiti Yang Sentiasa Dilindungi Allah S.W.T Dalam Usahanya Memperkasakan Kualiti Pendidikan Bertaraf Antarabangsa..
  • Insaniah Akan Mencapai Kecemerlangan Melalui Penyebaran, Penerokaan Dan Proses Islamisasi Ilmu.
    1. Untuk meningkatkan Pembangunan Prestasi Berterusan (Continuous Performance Development-CPD) Universiti melalui pembangunan sistem kualiti yang menyeluruh di Universiti;.
    2. Untuk merancang dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti INSANIAH (SPKI) bagi memastikan program-program pengajian akademik Universiti mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada pihak-pihak berkenaan dalam dan luar negara;.
    3. Untuk merancang dan mengkoordinasikan segala urusan berkaitan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA/D SETARA);.
    4. Untuk mengurus dan mengendalikan segala aktiviti audit kualiti dalaman pengurusan dan akademik;.
    5. Untuk membangun, mengurus dan mengemaskini dokumen-dokumen dan pengkalan data selaras dengan keperluan MQA/COPIA/COPPA/KPT atau agensi yang berkaitan dalam dan luar negara;.
    6. Untuk memastikan pembangunan kakitangan dan ahli-ahli akademik dilaksanakan bertepatan dengan kehendak SPKI; dan.
    7. Untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan mengikut arahan Pengurusan Tinggi Universiti dari masa ke masa.
  • ProMs adalah singkatan bagi Programme Management System, iaitu satu laman platform yang dibangunkan oleh Pusat Strategik dan Jaminan Kualiti (PSJK) sebagai inisiatif menyediakan kemudahan kepada pengurusan UniSHAMS bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program-program pengajian UniSHAMS, Koleksi surat kelulusan, Sijil akreditasi, Pekeliling KPM dan MQA serta maklumat umum berkaitan sistem penarafan universiti, SETARA dan juga sistem e-IPTS. klik Disini

Hubungi Kami

Pusat Strategik & Jaminan Kualiti
Kolej Universiti Insaniah09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04-4155000 Fax 04 4155050
pengarahpjk@unishams.edu.my
  • Header

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my