• Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik &  Antarabangsa membantu Rektor untuk menjalankan serta bertanggungjawab mengurus, menyelaras dan memantau semua perkara yang berkaitan akademik. Secara khususnya, tanggungjawab utama Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik  & Antarabangsa adalah menyelia, mengurus dan mentadbir hal-hal akademik bagi program Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah termasuk :

    • Pengambilan dan kemasukan pelajar
    • Pelaksanaan kalendar akademik
    • Merancang, menyelaras dan memantau perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran, jadual kelas, serta pendaftaran kursus
    • Merangsang suasana pembelajaran yang kondusif dan tersusun rapi
    • Merancang dan mengekalkan tenaga akademik berpengalaman dan berwibawa
    • Mempengerusikan Jawatankuasa-Jawatankuasa Akademik
    • Mempengerusikan Jawatankuasa Majlis-Majlis Peperiksaan
    • Memproses penilaian keputusan
    • Pembangunan Akademik termasuk perancangan dan menyelaras pembangunan program-program baru dan penambahbaikan kurikulum sedia ada
    • Merancang dan menyelia program-program pembelajaran sepanjang hayat
    • Merancang & menyelia pengantarabangsaan program akademik termasuk program-program mobiliti pelajar dan kerjasama akademik dan penyelidikan
    • Lain - lain tugas yang berkaitan pentadbiran yang diarahkan oleh Rektor
  • Peranan utama Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa adalah untuk memastikan kualiti dan pembangunan program-program akademik yang terdapat di UniSHAMS dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Pejabat ini juga bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan hal ehwal akademik, termasuk peperiksaan, penyerahan dan penggubalan soalan peperiksaan dan pengiktirafan keputusan, serta kemasukan pelajar ke program-program Asasi, Ijazah Sarjana Muda, dan Ijazah-Ijazah lanjutan..

    Peranan ini adalah selari dengan Visi UniSHAMS “ Menjadi Universiti Islam Global Dengan Berintegrasikan Ilmu Dan Kebijaksanaan”. Justeru itu, peranan utama Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa adalah untuk memastikan kualiti pengajaran & pembelajaran dan pembangunan program-program akademik yang memenuhi kehendak pasaran dan industri berkaitan bidang akademik yang ditawarkan. Pejabat ini juga bertanggungjawab memantau keseluruhan hal ehwal akademik termasuklah:

    • Mengekalkan tenaga akademik berpengalaman dan berwibawa yang mencukupi.
    • Menambah baik suasana pembelajaran yang tersusun atur.
    • Menggubal ko-kurikulum yang setanding dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi yang tersohor. Ko-kurikulum yang berkualiti diiktiraf oleh Malaysian Qualifying Agency (MQA), dan agensi-agensi berkaitan.
    • Mempertingkatkan imej universiti ini sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan para graduan yang berkualiti dari segi akhlak dan akademik yang mampu menjadi pemimpin masyarakat, institusi dan negara.

Hubungi Kami

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa
Kolej Universiti Insaniah09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+04-4155012
trhea@unishams.edu.my
  • Header

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my