• Pejabat Rektor merupakan tunjang dan nadi kepada pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
    Pejabat Rektor juga menjadi pusat kepada semua perancangan, pembangunan dan pemantauan yang dilaksanakan oleh KUIN sama ada dalam konteks pentadbiran mahupun akademik.
    Pada Februari 2016, KUIN telah menerima Rektor baru iaitu Prof. Dato’ Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti.
    1. Pejabat Rektor merupakan nadi penggerak kepada pentadbiran Kolej Universiti INSANIAH. Justeru, secara umumnya berfungsi sebagai Pejabat Ketua Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan yang bertanggungjawab dalam memastikan segala perancangan, program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya bertepatan dengan objektif, misi dan visi universiti.
    2. Berperanan dalam mempengerusikan Mesyuarat dan Jawatankuasa Universiti peringkat atasan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi, Mesyuarat Senat, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih, Cuti Belajar dan Kenaikan Pangkat, Ahli Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik, Jawatankuasa Perpindahan ke Kampus Tetap, Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan Dan Perkhidmatan, Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunan serta ahli mesyuarat beberapa jawatankuasa peringkat negeri.
    3. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Kolej Universiti INSANIAH (Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Rektor hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas segala perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini, dan mana-mana statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan.
  • rektor
    PROF. DATO’ DR MOHD FAKHRUDIN BIN ABDUL MUKTI
    Rektor/Ketua Eksekutif
    Universiti Islam Antarabangsa
    Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS)


    Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fakhrudin Bin Abdul Mukti, anak jati Negeri Kedah Darul Aman dari Daerah Pendang telah dilantik sebagai Rektor Kolej Universiti Insaniah yang keempat mulai 01 Januari 2016. Beliau diputerakan pada 09 haribulan Mac tahun 1957 telah bertemu jodoh dengan Datin Zaharah Binti Md. Hashim. Pasangan ini dikurniakan lima cahayamata, empat putera dan seorang puteri.

    Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, beliau dianugerahkan darjah kebesaran Setia Diraja Kedah pada tahun 2010 dan Dato’ Setia Diraja Kedah pada tahun 2011.

    Berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah dalam dalam bidang Islamic Studies – Islamic Theology dari University of Birmingham, UK. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana dari Temple University, USA dalam bidang Comparative Religion disamping sarjana dalam bidang Falsafah Islam daripada Ain Shams University, Kaherah. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Al-Azhar dalam bidang Akidah dan Falsafah.

    Beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Mesir selama 3 tahun dari 2010 hingga 2013. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti juga sekarang adalah Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (World Association for Al-Azhar Graduates Malaysia - WAAG Malaysia).

Hubungi Kami

Pejabat Rektor
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04-4155002 Fax 04-4155050
rektor@unishams.edu.my
  • Header

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my