Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Rangkaian)

Mohon Online
  • SYARAT KEMASUKAN
    • ljazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat

    • i.Lulus pengajian Matrikulasi atau Kursus Asas dengan minimum PNGK 2.0 dan kredit dalam Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya;

      ATAU

    • ii.Lulus Sijil STPM atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam sebarang 2 mata pelajaran dan kredit dalam Matematik pada peringkat SPM atau yang setara dengannya;

      ATAU

    • iii. Diploma dalam Sains Komputer ATAU Kejuruteraan Perisian ATAU Teknologi Maklumat ATAU Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.50 dan kredit dalam Matematik pada peringkat SPM atau yang setara dengannya;

      ATAU

    • iv. Sebarang Diploma dalam sains dan teknologi atau pengajian perniagaan dengan minimum PNGK 2.50 akan diterima masuk bergantung pada proses penilaian dalaman yang rapi dan kredit dalam matematik pada peringkat SPM atau yang setara dengannya.

    • Calon diploma yang mendapat PNGK kurang daripada 2.50 tetapi lebih daripada 2.00 dengan kredit dalam Matematik pada peringkat SPM atau yang setara dengannya boleh diterima masuk bergantung pada proses penilaian dalaman yang rapi.

    • Nota: Syarat kredit Matematik pada peringkat SPM bagi calon (i), (ii), (iii) dan (iv) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan kredit mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

    • Calon yang mendapat kredit dalam subjek yang berkaitan komputeran pada peringkat SPM atau STPM atau yang setara dengannya boleh diberikan pertimbangan utama.

    • Pelajar antarabangsa haruslah mempunyai bukti penguasaan Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis yang baik sebagai contoh skala 6.0 untuk Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (International English Language Testing System, IELTS) atau yang setara denganya.

  • Nombor Rujukan A9708
    Nombor Siri Sijil 07838
    Nama Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Rangkaian)
    Tarikh Akreditasi* (dd/mm/yyyy) Mulai 18/10/2012
    Peringkat Kelayakan Sarjana Muda
    Tahap MQF 6
    Bidang NEC (National Education Code) 481 (Computer Science)
    Bil. Kredit 122
    Kaedah Pengendalian Sepenuh Masa
    Tempoh Pengajian
    Bil. Minggu Bil. Semester Bil. Tahun
    Panjang 14 7 3.5
    Pendek - -
    Catatan TB
    1. Pengendali komputer
    2. Agen perhubungan komputer
    3. Jurutera produk komputer
    4. Eksekutif pemasaran teknologi maklumat
    5. Koordinator projek teknologi maklumat
    6. Jururunding komputer
    7. Pengatur cara multimedia
    8. Jurutera rangkaian
    9. Juruanalisis komputer
    10. Pereka web
    11. Pengendali web
    (Rujukan: Programme Standards: Computing 2014)

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my