Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian

Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan menawarkan kursus perakaunan bertaraf profesional mengikut kehendak pasaran dan industri. Silibus dan kurikulum program tersebut disedia mengikut kajian pasaran berdasarkan Hala Tuju II bidang perakaunan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi serta turut diselitkan dengan nilai-nilai Islam. Program ini berjalan selama empat (4) tahun iaitu selama lapan (8) semester. Kurikulumnya terdiri daripada teras program, teras universiti serta elektif program. Para siswazah program ini diwajibkan mengambil kursus-kursus teras program yang memberi tumpuan khusus kepada bidang-bidang perakaunan seperti perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, pengauditan, pencukaian, perakaunan perkomputeran, pencukaian, pengauditan dan lain-lain lagi. Manakala kursus teras universiti yang ditawarkan bertujuan untuk memantapkan siswazah dari sudut Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Keusahawanan serta pembinaan sahsiah diri dalam kursus ko-kurikulum. Kursus berteraskan Islam turut diajar untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengajian Al-Quran, Tajwid, Aqidah dan Tasawuf. Selain dari pelajaran dalam kelas, pelajar juga akan menjalani sesi latihan praktikal dengan mengikuti kursus latihan industri selama satu (1) semester. Pelajar akan ditempatkan hanya di firma-firma perakaunan, audit dan pencukaian bagi meningkatkan kefahaman pelajar dengan memberi pendedahan kerja dalam bidang perakaunan.
  • SYARAT KEMASUKAN
    • Malaysian University English Test (MUET) Band 2 DAN

    • i.Lulus STPM atau yang setara, dengan minimum Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mana- mana dua mata pelajaran, dan kredit dalam Matematik di peringkat SPM; ATAU

    • ii.Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Jayyid (balk), dan kredit dalam Matematik di peringkat SPM;

    • iii. Diploma dalam perakaunan atau bidang berkaitan, atau setara dengan minimum PNGK 2.50; ATAU

    • iv. Kelayakan Matrikulasi/Asasi atau setara dengan minimum PNGK 2.50, dan kredit dalam Matematik di peringkat SPM.

    • Nota: Syarat kredit Matematik pada peringkat SPM bagi calon (i), (ii), dan (iv) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan kredit mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

  • Nombor Rujukan A9712
    Nombor Siri Sijil 14333
    Nama Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
    Tarikh Akreditasi* (dd/mm/yyyy) Mulai 27/03/2013
    Peringkat Kelayakan Sarjana Muda
    Tahap MQF 6
    Bidang NEC (National Education Code) 344 (Accounting and Taxation)
    Bil. Kredit 144
    Kaedah Pengendalian Sepenuh Masa
    Tempoh Pengajian
    Bil. Minggu Bil. Semester Bil. Tahun
    Panjang 14 7 4
    Pendek 7 2 4
    Catatan TB
  • Akauntan
    Juruaudit
    Pegawai Percukaian
    Pegawai Pentadbiran
    Bendahari
    Penolong Bendahari
    Juru Kawal Kewangan & Kos
    Pensyarah dan Tutor
    Pendidik

Mohon Online

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my