Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (Kewangan Dan Perbankan Islam)

Program ini diperkenalkan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan tenaga kerja mahir dalam bidang perbankan dan kewangan Islam untuk memenuhi permintaan pasaran samaada di peringkat domestik dan antarabangsa. Program pengajian ini merupakan kursus pengajian yang berasaskan bidang pengurusan perniagaan dengan memfokuskan kepada bidang-bidang perbankan dan kewangan Islam. Antara mata pelajaran pengkhususan dalam bidang perbankan dan kewangan Islam termasuklah Asas Muamalat, Muamalat Kontemporari, Institusi Kewangan Islam, Dasal Fiskal Dan Kewangan Islam, Dasar Perundangan Kewangan dan Perbankan Islam, Teori Dan Praktis Perbankan Islam, Sistem Kewangan Islam, Tadbir urus Korporat dalam Institusi Kewangan Islam, Dinar Emas, Analisis Pelaburan Islam dan lain-lain. Program ini turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti Dasar Perundangan Islam, Pengajian Islam, Bahasa Arab, Al-Quran dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Program pengajian ini bakal melahirkan graduan yang mampu menganalisa dan menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang wujud dalam persekitaran perniagaan dan menyelesaikannya secara teori mahupun praktikal tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perbankan Islam.

Mohon Online
  • SYARAT KEMASUKAN
    • a) SYARAT KEMASUKAN AM BAGI SEMUA PENAMAAN

    • i.Matrikulasi atau Asasi yang diiktiraf dengan sekurang- kurangnya PNGK 2.0 daripada 4.0;

      ATAU

    • ii.Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0 daripada 4.0) dalam DUA mata pelajaran;

      ATAU

    • iii.Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang - kurangnya pangkat Jayyid;

      ATAU

    • iv.Mana-mana Diploma lain dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.5 daripada 4.0

      DAN

    • Lulus Matematik pada peringkat SPM

      ATAU

    • v.Diploma dalam Muamalat Kewangan Islam (MKI) atau yang setara dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5 daripada 4.0; (Bagi calon yang memperoleh PNGK kurang daripada 2.5 tetapi melebihi 2.0 boleh diterima masuk tetapi tertakluk kepada proses penilaian dalaman)

    • Nota: Syarat lulus Matematik pada peringkat SPM bagi calon (i), (ii), (iii) dan (iv) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

    • b) SYARAT KEMASUKAN KHUSUS

    • (i) Pengkhususan Bidang Muamalat

    • Bagi kelayakan masuk diploma, diploma Ianjutan dan ijazah sarjana muda hendaklah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

    • (ii) Pengkhususan Bidang Ekonomi Islam, Kewangan Islam, Pengurusan Islam dan Perakaunan Islam Tidak menetapkan lulus Bahasa Arab, PPT hendaklah menyediakan kursus intensif Bahasa Arab untuk pelajar.

  • Nombor Rujukan A9709
    Nombor Siri Sijil 14311
    Nama Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Kewangan dan Perbankan Islam)
    Tarikh Akreditasi* (dd/mm/yyyy) Mulai 09/05/2011
    Peringkat Kelayakan Sarjana Muda
    Tahap MQF 6
    Bidang NEC (National Education Code) 343 (Finance,Banking,Insurance)
    Bil. Kredit 123
    Kaedah Pengendalian Sepenuh Masa
    Tempoh Pengajian
    Bil. Minggu Bil. Semester Bil. Tahun
    Panjang 14 7 3.5
    Pendek - -
    Catatan TB
  • Pegawai Bank
    Eksekutif Pematuhan Syariah
    Eksekutif Pengurusan Kredit Perniagaan
    Eksekutif Operasi Pembiayaan
    Eksekutif Kewangan
    Jururunding Kewangan/ takaful
    Jururunding pelaburan
    Perancang Kewangan
    Pegawai Pentadbiran
    Pengurus (pemasaran/ operasi / sumber manusia/ kewangan/ umum)
    Usahawan
    Guru atau Tutor

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my