Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (Perancangan Kewangan Islam)

Program pengajian ini merupakan kursus pengajian yang berasaskan bidang pengurusan perniagaan dengan memfokuskan kepada bidang perancangan kewangan Islam. Enam mata pelajaran pengkhususan dalam bidang perancangan kewangan Islam merangkumi asas perancangan kewangan Islam, sistem kewangan Islam, perancangan zakat dan cukai, perancangan harta Islam, persaraan dan wakaf, pengurusan risiko dan perancangan takaful dan analisis pelaburan Islam. Program ini turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti asas muamalat, dasar perundangan Islam, aqidah dan akhlak dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Selepas tamat pengajian, graduan program ini berkelayakan untuk memegang jawatan dalam syarikat kewangan Islam dan juga sektor-sektor lain kerana perancangan kewangan menjadi aspek utama dalam organisasi. Secara khususnya, industri kewangan Islam menawarkan banyak peluang kerjaya kepada graduan program ini.
Mohon Online
  • SYARAT KEMASUKAN
    • a) SYARAT KEMASUKAN AM BAGI SEMUA PENAMAAN

    • i.Matrikulasi atau Asasi yang diiktiraf dengan sekurang- kurangnya PNGK 2.0 daripada 4.0;

      ATAU

    • ii.Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0 daripada 4.0) dalam DUA mata pelajaran;

      ATAU

    • iii.Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang - kurangnya pangkat Jayyid;

      ATAU

    • iv.Mana-mana Diploma lain dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.5 daripada 4.0

      DAN

    • Lulus Matematik pada peringkat SPM

      ATAU

    • v.Diploma dalam Muamalat Kewangan Islam (MKI) atau yang setara dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5 daripada 4.0; (Bagi calon yang memperoleh PNGK kurang daripada 2.5 tetapi melebihi 2.0 boleh diterima masuk tetapi tertakluk kepada proses penilaian dalaman)

    • Nota: Syarat lulus Matematik pada peringkat SPM bagi calon (i), (ii), (iii) dan (iv) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

    • b) SYARAT KEMASUKAN KHUSUS

    • (i) Pengkhususan Bidang Muamalat

    • Bagi kelayakan masuk diploma, diploma Ianjutan dan ijazah sarjana muda hendaklah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

    • (ii) Pengkhususan Bidang Ekonomi Islam, Kewangan Islam, Pengurusan Islam dan Perakaunan Islam Tidak menetapkan lulus Bahasa Arab, PPT hendaklah menyediakan kursus intensif Bahasa Arab untuk pelajar.

  • Nombor Rujukan PA 9710
    Nombor Siri Sijil 09487
    Nama Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian(Perancangan Kewangan Islam)
    Tarikh Akreditasi* (dd/mm/yyyy) Mulai 22/04/2013
    Peringkat Kelayakan Sarjana Muda
    Tahap MQF 6
    Bidang NEC (National Education Code) 345 (Management and Administration)
    Bil. Kredit 123
    Kaedah Pengendalian Sepenuh Masa
    Tempoh Pengajian
    Bil. Minggu Bil. Semester Bil. Tahun
    Panjang 17 6 3
    Pendek 9 3 3
    Catatan TB
  • Pegawai Pentadbiran awam dan swasta
    Pengurus (Pemasaran/ operasi/ umum/ sumber manusia)
    Usahawan
    Eksekutif bank
    Penasihat kewangan
    Perancang kewangan
    Penasihat pelaburan
    Wakil dana amanah
    Pengurus harta
    Pensyarah dan tutor
    Pengurus Agensi
    Guru

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my