Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian

Program ini direkabentuk bagi menghasilkan graduan yang berkemahiran dan berkualiti di mana mereka mampu berdikari dan bersaing, kreatif dan inovatif,analitikal dan pakar dalam bidang pengurusan dan perniagaan serta boleh menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran semasa samada di peringkat Negara mahupun di peringkat antarabangsa. Program ini diperkenalkan untuk member holistic view kepada pelajar tentang konsep serta teori pengurusan, pemasaran, perundangan, perakaunan, ekonomi dan sebagainya. Pelajar juga turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti asas muamalat, dasar perundangan Islam, aqidah dan akhlak dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Graduan ini juga mampu menganalisa dan menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang wujud dalam persekitaran perniagaan dan menyelesaikannya secara teori mahupun praktikal.

Mohon Online
  • SYARAT KEMASUKAN
    • i. Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelayakan yang setara dengannya;

      ATAU

    • ii. Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid, dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;

      ATAU

    • iii. Kelayakan yang setara dengan Diploma atau Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5, KKM);

      ATAU

    • iv. Kelayakan Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 2.00 daripada 4.00 atau kelayakan yang setara dengannya.

    • Nota: Syarat lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM bagi calon (i) dan (ii) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

  • Nombor Rujukan A8076
    Nombor Siri Sijil 14310
    Nama Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
    Tarikh Akreditasi* (dd/mm/yyyy) Mulai 09/05/2011
    Peringkat Kelayakan Sarjana Muda
    Tahap MQF 6
    Bidang NEC (National Education Code) 340 (Business and Administration)
    Bil. Kredit 123
    Kaedah Pengendalian Sepenuh Masa
    Tempoh Pengajian
    Bil. Minggu Bil. Semester Bil. Tahun
    Panjang 14 7 3.5
    Pendek - -
    Catatan TB
  • Pegawai Pentadbiran awam dan swasta
    Pengurus (Pemasaran/ operasi/ umum/ sumber manusia)
    Usahawan
    Eksekutif bank
    Penasihat kewangan dan peruncitan
    Perancang kewangan
    Penasihat pelaburan
    Wakil dana amanah
    Pengurus harta
    Pensyarah dan tutor
    Pendidik

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my