Diploma Perbankan Islam (A9713)

Program ini direkabentuk supaya pelajar dapat menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun (6 semester panjang dan 2 semester pendek ). Kursus ditawarkan adalah berasaskan kepada bidang pengurusan yang memfokuskan kepada bidang Perbankan Islam. Struktur program ini dipecahkan kepada 3 komponen utama iaitu teras KUIN, teras program dan elektif program. Lima kursus elektif program (sistem kewangan islam, kontrak dan transaksi perbankan islam, sistem ekonomi islam, Institusi Kewangan Islam dan Prinsip Pengurusan Perbankan Islam) yang ditawarkan dalam program ini akan menjadi mata pelajaran khusus bidang Perbankan Islam. Kaedah pengajian program ini adalah secara kuliah. Pelajar juga akan menjalani latihan industri selama 10 miggu untuk mendedahkan mereka dengan situasi kerja sebenar, Selepas tamat pengajian, pemegang Diploma Perbankan Islam boleh menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana IPTA dan IPTS yang lain. Selain itu mereka juga boleh memasuki pasaran pekerjaan yang berkaitan dengan perbankan samada disektor kerajaan atau swasta.

Mohon Online
  • SYARAT KEMASUKAN
    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik

    Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Nombor Rujukan A9713
    Nombor Siri Sijil 14327
    Nama Kelayakan Diploma Perbankan Islam
    Tarikh Akreditasi* (dd/mm/yyyy) Mulai 27/03/2013
    Peringkat Kelayakan Diploma
    Tahap MQF 4
    Bidang NEC (National Education Code) 343 (Finance, banking, insurance)
    Bil. Kredit 96
    Kaedah Pengendalian Sepenuh Masa
    Tempoh Pengajian
    Bil. Minggu Bil. Semester Bil. Tahun
    Panjang 14 5 2 Tahun 6 bulan
    Pendek 7 2 2 Tahun 6 bulan
    Catatan TB
  • Pegawai Bank
    Penasihat Kewangan
    Pegawai Pentadbiran
    Pembantu Pengurus
    Perancang Kewangan
    Tutor

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my