• Saya mengalu-alukan serta merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian YBhg. Dato'/Prof Tuan/ Puan melayari Halaman Jabatan Pendaftar, Kolej Universiti INSANIAH.

    Jabatan Pendaftar merupakan tonggak utama dalam pentadbiran KUIN yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia universiti. Adalah menjadi hasrat pejabat ini untuk memastikan keperluan perkhidmatan kakitangan universiti dapat di penuhi,

    Jabatan Pendaftar cuba menyalurkan maklumat yang diperlukan melalui Halaman Jabatan Pendaftar. Harapan saya semoga Halaman ini dapat memenuhi keperluan maklumat semua pihak khasnya kepada kakitangan Universiti. Saya selaku Pendaftar Kolej Universiti INSANIAH sentiasa berharap mendapat maklumbalas yang membina sekaligus dapat mempertingkatkan perkhidmatan setiap bahagian di Jabatan Pendaftar agar mampu memenuhi kehendak pelanggan samada dalaman dan luaran KUIN.

    Harapan ini sejajar dengan visi Jabatan Pendaftar selaku pusat rujukan kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan universiti.

    Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terlibat bagi menjayakan dan memudahkan penyebaran dan penyaluran maklumat kepada umum dengan cepat, tepat dan terkini.
  • Di awal penubuhan INSANIAH atau Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1995, Jabatan Pendaftar bertanggungjawab menguruskan semua urusan pentadbiran termasuk hal ehwal pelajar dan hal ehwal akademik disebabkan kekurangan pegawai dan kakitangan di samping bilangan pelajar sangat kecil. Bagaimanapun, mulai tahun 2001 setelah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Akademik diwujudkan, Pejabat Pendaftar berfungsi sepenuhnya ke atas pengurusan pentadbiran.

    Jabatan Pendaftar merupakan tonggak utama dalam pentadbiran universiti di samping menjadi pusat pengurusan sumber manusia, pusat sumber maklumat pengurusan dan pentadbiran serta memainkan peranan penting di dalam menggerakkan pentadbiran universiti dan aktiviti pengurusan. Ia adalah salah satu matlamat untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan di dalam usaha untuk menyokong visi, misi dan objektif universiti.

    Komponen terpenting ini diketuai oleh Pendaftar yang bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau serta memastikan pengendalian semua aktiviti pengurusan pentadbiran serta lain-lain aktiviti universiti berjalan lancar serta mengikut prosedur yang ditetapkan supaya semua aktiviti pengajaran, perkhidmatan akademik dan penyelidikan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

    Jabatan Pendaftar merupakan pemangkin ke arah pembentukan kecemerlangan, kewibawaan dan ketrampilan kakitangan melalui pelaksanaan program pembangunan kerjaya dan sahsiah kerana kecemerlangan kakitangan haruslah diimbangi di dalam kedua aspek berkenaan. Kedua-dua aspek ini akan saling melengkapi antara satu sama lain dalam proses peningkatan kerjaya kakitangan, seiring usaha melahirkan kakitangan yang berkualiti, integriti, akauntabiliti, kompeten dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran yang berterusan.

    Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Jabatan Pendaftar dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:
    1. Bahagian Pentadbiran Dan Governan
    2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    3. Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Bahagian-bahagian ini bertanggungjawab membawa kemajuan dan pembangunan organisasi serta melahirkan kakitangan yang komited dengan tugas, bergerak seiring serta berinteraksi secara profesional terutama berkaitan dengan kawalan mutu perkhidmatan, produktiviti dan kelicinan operasi.
  • Menjadi pusat rujukan kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan universiti.
  • Memastikan perkhidmatan pengurusan sumber manusia dan pengurusan  organisasi mempunyai organisasi yang sempurna dari segi struktur, sistem dan prosedur yang saling bersesuaian melalui pengembelingan modal insan yang berkesan.
  • Menjadi sebuah pusat pengurusan sumber manusia dan pengurusan sumber maklumat serta pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkesan selaras dengan keperluan pelanggan.
  • Merancang dan melaksanakan program – program pengurusan sumber manusia bagi melahirkan kakitangan yang berkualiti. Aspek kebajikan turut merupakan perkara dititikberatkan.

    Untuk bertindak sebagai satu pusat pengurusan maklumat bagi mengumpul dan menganalisa semua maklumat berkaitan dengan kakitangan dan pelajar dalam membantu INSANIAH membuat keputusan terhadap sesuatu dasar- Menjadi nadi kepada pentadbiran INSANIAH yang mana segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran INSANIAH dirancang dan digerakkan melalui jabatan ini.

Hubungi Kami

Jabatan Pendaftar
Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04-4155000 Fax 04-415 5029
pendaftar@unishams.edu.my
  • Header

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my