• Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) merupakan sebuah jabatan yang penting dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peranan utamanya menyedia dan mengurus perkhidmatan kepada pelajar serta bertanggung jawab dalam membangunkan sahsiah dan potensi pelajar.

    Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah penyedia perkhidmatan menyeluruh yang berkualiti kepada pelajar dalam usaha menjadi pemangkin ke arah pembentukan kecemerlangan, kewibawaan dan ketrampilan pelajar melalui perancangan dan perlaksanaan program pembangunan sahsiah. Penyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, kecemerlangan pelajar yang dihasratkan mestilah dalam bentuk kombinasi kecemerlangan akademik , kokurikulum dan sahsiah diri, seiring usaha melahirkan graduan yang berkualiti, seimbang, kompeten dan berdaya untuk terus maju serta melanggani konsep pembelajaran yang berterusan.
    1. Bahagian HEP berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kepada pelajar dalam aspek kemudahan penempatan, kebajikan, tatatertib, kesihatan dan kaunseling yang bermatlamatkan untuk mewujudkan suasana persekitaran kampus yang kondusif dengan menyemai, menerap dan menyuburkan budaya hidup kampus yang harmonis dan berkualiti.

    2. Melaksanakan peraturan tatatertib kampus pengajian yang berdisiplin dan berhemah tinggi berdasarkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Perlembagaan Kolej Universiti INSANIAH dan Peraturan Tatatertib yang berkuatkuasa.

    3. Memantapkan peranan dan tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Pelajar selaras dengan amalan terbaik industri pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa berasaskan objektif, misi, visi, aspirasi dan halatuju Kolej Universiti INSANIAH. Dengan melanggani konsep mesra pelanggan, penambahbaikan disasari melalui latihan pembangunan modal insan jabatan. Jabatan Hal Ehwal Pelajar bersikap terbuka dalam memperkenalkan halacara penambahbaikan yang akan mencetus peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan.

    4. Menawarkan program pembangunan sahsiah yang holistik dalam pembangunan jatidiri graduan yang seimbang, berketrampilan penuh penghayatan Islam dengan menekankan aspek profesionalisme, menyemai dan menyuburkan patriotisme sekaligus meletakkan graduan pada kedudukan kebolehpasaran yang tinggi.

    5. Mempelopori usaha-usaha Kolej Universiti INSANIAH dalam memaksimakan pulangan kepada pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders).

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Kolej Universiti Insaniah09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04-4155000
pengarahhep@unishams.edu.my
  • Header

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my