• Assalamu’alaikum wrh wbt

    Tahniah dan Selamat Datang ke Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti INSANIAH.

    Program MBBS mengambil masa selama 5 tahun; 2 tahun pertama adalah fasa pra klinikal, 2 tahun seterusnya adalah fasa asas klinikal dan tahun terakhir adalah fasa klinikal. Pada dua tahun pertama pelajar akan didedahkan dengan teori-teori dan konsep yang berkaitan dengan perubatan melalui kelas, tutorial, PBL, SGD dan sebagainya di kampus Kuala Ketil. Pada 3 tahun terakhir, pelajar akan diletakkan di beberapa hospital utama di Kedah; Hospital Kulim (Tahun 3), Hospital Sultan Abdul Halim (Tahun 4) dan Hospital Sultanah Bahiyah (Tahun 4 & 5). Pada fasa ini pembelajaran dilakukan di wad hospital bersama pesakit.
    Pelajar juga berpeluang untuk membantu orang kampung dalam perkhidmatan komuniti apabila menjalani posting di klinik desa dan pusat-pusat kesihatan sekitar Negeri Kedah.
    Keunikan program ini adalah penekanan terhadap nilai keislaman melalui pelaksanaan programnya, bermula dari visi dan misi yang ingin melihat lahirnya doktor bersifat islamik.

    Kelebihan
    1. Kurikulum mantap dengan penerapan nilai-nilai keislaman.
    2. Graduan-muslim profesional dengan akhlakul - karimah dan uswatun hasanah (contoh yang baik)
    3. Sopan dalam tindakan serta santun dalam ucapan.
    4. Sabar dalam melayani serta tawakal kepada Allah untuk kesembuhan pesakit.
    5. Sentiasa bersyukur dalam setiap keberhasilan merawat pesakit.
    6. Ikhlas dalam bekerja, karena setiap kehidupan adalah ibadah “Kullu Hayatuna Ibadatun”
  • Bagi menjadi sebuah institusi yang mempunyai reputasi dalam penyediaan profesional penjagaan kesihatan dalam usaha untuk memberi khidmat kepada manusia dengan kemuliaan Allah SWT.
  • Berada di barisan hadapan dalam penyelidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Dengan pertolongan Allah SWT kita berhasrat untuk menghasilkan doktor yang melambangkan kecemerlangan, taqwa, maruah dan kemahiran masing-masing untuk umat manusia.
  • Bagi menghasilkan graduan perubatan berkualiti cemerlang yang:
    1. mempunyai pengetahuan perubatan dengan dimensi Islam, moral dan etika.
    2. akan dapat menggabungkan dimensi Islam dengan nilai-nilai sejagat yang baik ke dalam amalan profesional harian mereka.
    3. telah disediakan dengan asas ilmu dan dapat mengambil tanggungjawab pendidikan sepanjang hayat yang berterusan.

Hubungi Kami

Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 - 415 5382
dekanperubatan@unishams.edu.my
  • Header

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my