• Assalamualaikum wrt wbt

    Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah (swt) yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Islam seterusnya menjadikan kita sebagai insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah (swt). Melalui web rasmi Kulliyyah Muamalat ini, maka saya dan seluruh warga kerja Kulliyyah Muamalat ingin mengucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke dunia informasi serta maklumat yang bakal mencetuskan sinaran baru kepada halatuju masa depan anda bersama Kulliyyah Muamalat dalam mengadunkan ilmu duniawi dan ukhrawi secara holistik dalam memenuhi kehendak dan keperluan industri masa kini. Kulliyyah Muamalat merupakan satu-satunya kulliyyah yang menawarkan program profesional berteraskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai dasar kepada pengajian perniagaan, perakaunan, ekonomi, kewangan dan perbankan sebagai nadi utama kepada lahirnya Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terunggul. Sejak penubuhan Kulliyyah Muamalat pada tahun 2000, Kulliyyah Muamalat kini semakin matang dalam setiap penawaran program pengajiannya, seterusnya mendapat tempat di hati pelajar-pelajar yang terdiri dari dalam dan luar negara kerana keunikan silibusnya yang mempunyai nilai tambah dari segi hafazan al-Quran, bahasa arab, dan ilmu Shari‘ah. Ini selaras dengan objektif Kementerian Pengajian Tinggi ke arah melahirkan modal insan yang Mukmin Professional.

    Allah (swt) berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka.” (Surah Ar-Rad:11).

    Akhir kalam, marilah bersama-sama Kulliyyah Muamalat dalam merealisasikan impian anda melalui program-program pengajian yang ditawarkan. Impian anda adalah impian kita bersama.


    Dekan Kulliyyah Muamalat
    1. Menyedia dan memantapkan graduan yang berketerampilan dan bertanggungjawab.
    2. Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti dan bermanfaat.
    3. Menawarkan khidmat perundingan yang cekap dan berkesan.
    4. Membekalkan khidmat kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang kondusif.
    5. Membangun dan memanfaatkan potensi staf.
    6. Menyumbang bakti kepada pembangunan komuniti.
  • Menjadi sebuah kulliyyah yang memangkin serta menjana pembangunan ilmu berkaitan pengurusan perniagaan, perbankan dan kewangan, perakaunan serta pengintergrasian ilmu-ilmu Islam dan konvonsioanal ke arah membentuk modal insan yang mempunyai nilai integriti yang tinggi sejajar dengan keperluan Negara masa kini.
  • Memupuk kesarjanaan dan kecemerlangan kulliyyah melalui gabungan ilmu dunia dan akhirat.

Hubungi Kami

Kulliyyah Muamalat
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 - 415 5204
dekanmuamalat@insaniah.edu.my

  • Header

Kolej Universiti INSANIAH

09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@insaniah.edu.my
aduan@insaniah.edu.my


logo_setara logo_mqa