• Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Selamat Datang ke Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif, Kolej Universiti INSANIAH iaitu sebuah Kulliyyah yang menggabungkan kekuatan dua jabatan iaitu Jabatan Hospitaliti dan Jabatan Seni Kreatif.

    Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif menawarkan enam program di peringkat Diploma iaitu Diploma Pengurusan Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Makanan Halal, Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Kreatif Multimedia, Diploma Seni Reka Grafik, dan Diploma Digital Video. Kulliyyah menawarkan kursus-kursus yang bersesuaian dengan keperluan industri dan berterusan melengkapkan pelajar dengan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang bertepatan dengan syariat Islam sebagai persediaan untuk berkerjaya di dalam industri hospitaliti dan seni kreatif.

    Program-program yang ditawarkan merangkumi pelbagai disiplin bukan sahaja dalam bidang hospitaliti dan seni kreatif itu sendiri seperti seni kulinari, operasi hotel, pengurusan pelancongan, pengurusan perkhidmatan makanan, animasi 3D, reka bentuk web, fotografi dan tipografi, tetapi juga merangkumi disiplin penting lain termasuk kemahiran keusahawanan, pengurusan perniagaan, aplikasi komputer, serta pengajian Quran dan pengajian Islam untuk bakal graduan bersedia mengambil tugas di peringkat operasi dan pengurusan sebaik mereka bergraduasi.

    Justeru, warga Kulliyyah ingin menjemput anda untuk menyertai kami danmenerokai program-program akademik yang ditawarkan dalam sesi akademik akan datang. Anda boleh terus melayari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kulliyyah, kakitangan akademik dan peluang-peluang yang kami tawarkan dalam bidang akademik, perundingan dan perkhidmatan masyarakat.

  • Menjadi sebuah pusat pendidikan bereputasi dalam bidang hospitaliti dan seni kreatif yang berlandaskan syariah dan bertaraf antarabangsa.
  • Menyumbang kepada pembangunan lestari industri dan komuniti menerusi penerokaan, penyebaran dan aplikasi ilmu hospitaliti dan seni kreatif berlandaskan syariah.
  • Objektif

    1. Mengendalikan program akademik yang berkualiti berorientasikan Islam dan mempunyai nilai tambah seiring dengan keperluan industri
    2. Melahirkan graduan semi-profesional dengan pengetahuan yang relevan, berdayasaing, dinamik dan menghayati nilai-nilai Islam.
    3. Merperkasakan hubungan jaringan industri, masyarakat dan pihak berkepentingan dalam bidang hospitaliti dan seni kreatif.
    4. Menyediakan infrastruktur yang kondusif sebagai asas kepada pembangunan Kulliyyah yang bereputasi.
    5. Mengamalkan sistem tadbir urus dan pengurusan kewangan yang efektif.

Hubungi Kami

Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif
Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+604-4155505
dekanhospitaliti@insaniah.edu.my

  • Header

Kolej Universiti INSANIAH

09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@insaniah.edu.my
aduan@insaniah.edu.my


logo_setara logo_mqa