• الـحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد

    Ahlan wa Sahlan… Selamat datang ke portal Kulliyyah Bahasa Arab KUIN Saya panjatkan syukur kepada Allah SWT atas peluang untuk memberikan ucapan aluan dalam halaman Kulliyyah Bahasa Arab ini.

    Kulliyyah Bahasa Arab Kolej Universiti INSANIAH diasaskan seiring dengan penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) pada tahun 1996. Pada ketika itu INSANIAH hanya menawarkan Program Diploma dan Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab 3 + 1 iaitu program secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar Mesir, sehingga tahun 2007. Walau bagaimanapun bermula pada tahun 2004, kulliyyah ini menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Kepujian yang telah mendapat Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah Rahmat-Nya, kini Kulliyyah Bahasa Arab telah berada sebaris dengan kulliyyah - kulliyyah yang lain apabila pihak MQA telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada kulliyyah ini untuk menjalankan dua program tambahan iaitu M.A & Phd Bahasa Arab dengan kelulusan ruj MQA: PA 9803 bertarikh 24 Ogos 2009, dan dibahagikan kepada No. Rujukan PA 9861 (Ijazah Sarjana Bahasa Arab) dan PA 9862 (Ijazah Doktor Falsafah Bahasa Arab).

    Oleh kerana itu, kami dalam Kulliyyah Bahasa Arab ingin menjemput anda untuk menerokai program-program akademik yang ditawarkan dalam sesi akademik akan datang. Kulliyyah Bahasa Arab mempunyai ramai pensyarah yang datang dari negara-negara Arab seperti Mesir, Sudan dan Jordan serta berpengalaman luas dalam menyelia tesis Sarjana dan Doktor Falsafah.

    Anda boleh terus melayari halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kulliyyah, kakitangan akademik dan peluang-peluang yang kami tawarkan dalam bidang akademik, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan masyarakat. Saya berharap laman sesawang ini dapat membantu semua pihak yang berkepentingan untuk memperolehi maklumat yang jelas dan tepat.

    Saya mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan kandungan laman sesawang ini dan berharap ianya akan terus dinamik sejajar dengan hala tuju Kolej Universiti INSANIAH secara amnya dan Kulliyyah Bahasa Arab secara khasnya.

    “PENEROKAAN KE ARAH KEBIJAKSANAAN”

    MOHD SYAUQI BIN ARSHAD
    Dekan Kulliyyah Bahasa Arab
  • Menyokong pencapaian matlamat Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam bertaraf dunia dan menawarkan pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama' berilmu, beramal dan bertaqwa. Program Kulliyyah Bahasa Arab ini diharap dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islam khususnya dalam bidang kesusasteraaan arab, penggunaan bahasa dan kaedah-kaedahnya. Mereka juga diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekali gus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan islam, pengurus, pentadbir usahawan yang efisien selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah bagi menyahut cabaran alaf baru untuk melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan ilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
    • Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama' dan profesional Islam yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
    • Membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
    • Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam dan insan demi kepentingan ummah.
    • Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
    • Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.
  • Menjadikan KUIN sebuah Universiti bertaraf antarabangsa dirantau Utara Malaysia. Melahirkan penyelidikan yang mampu menangani isu-isu Bahasa dan sastera Arab di era globalisasi.
  • Melahirkan penyelidikan Bahasa dan sastera Arab bertaraf antarabangsa menjana ilmu dalam semua bidang.
  • Melahirkan generasi yang cintakan al-Quran serta berilmu dan beramal untuk memanfaatkan ilmu kepada masyarakat serta menjadi qudwah hasanah.

Hubungi Kami

Kulliyah Bahasa Arab
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 - 415 5362
dekanba@insaniah.edu.my

  • Header

Kolej Universiti INSANIAH

09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@insaniah.edu.my
aduan@insaniah.edu.my


logo_setara logo_mqa