Logo

logo uni lates
Logo UniSHAMS berbentuk bulat. Terdapat sebuah perisai yang mengandungi gambar Al-Quran dan kubah Masjid serta dikelilingi oleh jambangan bunga padi. Kesemua gambar ini membawa maksud-maksud tertentu.
 
Al-Quran
Al-Quran melambangkan sumber syari’at Islam dan segala ilmu pengetahuan. UniSHAMS berperanan sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan penyelidikan.
 
Kubah Masjid
Melambangkan institusi ibadah dan penyebaran ilmu. UniSHAMS optimis melahirkan ilmuan yang holistik dan professional berakhlak mulia.
 
Jambangan Bunga Padi
Melambangkan UniSHAMS yang terletak di negeri Kedah dan masyhur sebagai Jelapang Padi Malaysia.
 
Perisai
Melambangkan keteguhan dan pertahanan. UniSHAMS teguh mempertahankan pengajian Islam dan usaha mengislamisasikan ilmu pengetahuan.

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my
logo_setara logo_mqa