Logo

Rekabentuk logo melambangkan aspirasi, falsafah dan juga misi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam memartabatkan kecemerlangan bidang ilmu dunia dan Akhirat.

SIMBOL AL-QURAN
Melambangkan sumber tertinggi ilmu pengetahuan iaitu wahyu (wahyu daripada Allah SWT) yang menjadi panduan, pengangan dan petunjuk bagi seluruh umat manusia. Ia juga menjadi rujukan bagi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam menjana kecemerlangan dan pembangunan ummah.
Kedudukan simbol Al-Quran di tengah-tengah logo melambangkannya sebagai pusat segala ilmu pengetahuan yang diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk ke jalan kebenaran untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ia juga melambangkan kebijaksanaan, kekuasaaan dan kebesaran Allah SWT Yang Esa.

BENTUK SEGI LAPAN (OKTAGON) DIKELILINGI OLEH BULATAN.
KUIN menerima pelajar dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat yang membentuk satu komuniti ilmiah yang bersatu padu bertunjangkan akidah ialah sejati.

KUBAH.
Kubah melambangkan pusat ilmu pengetahuan untuk membentuk muslim yang bijaksana sejajar dengan tuntutan agama ke arah mencapai misi dan wawasan KUIN untuk bertaraf dunia dan cemerlang dalam profesionalism.

LOGO NEGERI KEDAH
Melambangkan Negeri Kedah sebagai pusat pengembangan ilmuu berteraskan , selaras dengan wawasan Kedah Maju 2010 di mana pembangunan tidak hanya tertumpu pada kemajuan ekonomi dan sosial sahaja tetapi juga menitikberatkan pembangunan ummah secara syumul (menyeluruh) di dalam memartabatkan tamadun . Ianya juga bertepatan dengan maksud Hadhari iaitu suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun .

BUKU TERBUKA
Melambangkan Al-Quran itu sebagai pedoman segala ilmu yang terdapat di muka bumi Allah. Al-Quran adalah tempat rujukan utama umat di dalam melakukan perkara-perkara yang dituntut olah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ianya juga umpama cahaya penyuluh kepada kegelapan.

CORAK-CORAK BERMOTIFKAN UKIRAN
Melambangkan kesediaan KUIN untuk mencapai dan mengekalkan keseimbangan yang harmonis dari segi tuntutan dunia dan akhirat yang berubah-ubah selaras dengan moto dan falsafahnya.

BUNGA PADI
Melambangkan kemasyhuran Negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Malaysia.

HURUF 'A'
Huruf 'A' yang pertama dalam logo INSANIAH mewaklili Al-Quran yang disimbolkan dengan bentuk papan rehal yang berbentuk gunung. Ia membawa maksud pencapaian yang tinggi, seimbang dan komited.

RASIONAL WARNA
Warna memainkan peranan yang cukup penting di dalam rekabentuk logo.Warna dapat menggambarkan dan melahirkan sesuatu yang hendak disampaikan.

UNGU
Melambangkan kekuasaan, kemampuan, kekuatan, kebenaran dan kepercayaan.

KUNING
Melambangkan kepintaran, kecerdikan, kepandaian dan kecerdasan.

OREN
Melambangkan harapan yang tingi, hasrat dan juga cita-cita

Kolej Universiti INSANIAH

09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@insaniah.edu.my
aduan@insaniah.edu.my


logo_setara logo_mqa