• icmslpte-cutie-Klinik PanelPortal Pelajare-Pay SlipPermohonan Online (U)Permohonan Online (P)DirektoriIRTIPerjawatanSemak Permohonan
  • No events

Pengenalan

Pusat Pengajian Asasi ditubuhkan pada 1 Mac 2009 dan di awal penubuhannya, ia diketuai oleh seorang Dekan. Peranan utamanya adalah untuk menawarkan tiga program pra-Ijazah (Asasi) iaitu Program Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan dan Asasi Sains.


Dalam perancangan Koridor Utara, sektor pendidikan dan penyelidikan telah dikenalpasti diantara sektor-sektor yang akan diberikan fokus pembangunan. Sehubungan itu, dengan wujudnya Pusat Pengajian Asasi, pengembangan program-program baru di Kolej Universiti Insaniah akan memberikan sumbangan yang penting kepada negeri Kedah dalam pembangunan tersebut. Lantas, ini akan meletakkan negeri Kedah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.


Selain itu, penawaran program-program asasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM dari sekolah-sekolah di wilayah utara khususnya yang berminat untuk meneruskan pengajian mereka di INSANIAH. Dengan adanya program-program ini juga, KUIN akan melahirkan graduan yang cemerlang, bertakwa dan berketerampilan melalui integrasi pendidikan berteraskan elemen profesional dan Islamisasi.