• Objektif

    1. Menghimpunkan seluruh para ulamak Islam dari seluruh rantau Islam dengan pelbagai latarbelakang akademik dalam suatu wacana ilmiah.
    2. Menyerlahkan isu-isu kontemporari dan penyelesaiannya dari sudut teori syariat dan pemikiran Islam.
    3. Membekalkan kepada para peserta konfrensi ilmu Islam yang mantap mengenai isu-isu kontemporari yang dapat dijadikan panduan hidup mereka
    4. Mempromosi UniSHAMS sebagai sebuah institusi akademik Islam yang tersohor di rantau Asean dan Antarabangsa.
  • Latar Belakang

    Persoalan isu-isu yang timbul daam kehidupan umat Islam pada peringkat nasional dan internasional akhir-akhir ini memerlukan panduan dan jawapan dari para ulamak dan cerdik pandai Islam. Terdapat isu-isu tempatan dan isu-isu yang dikongsi bersama antara penduduk negara-negara umat Islam. Justeru, timbulah apa yang boleh diklasifikasi-kan sebagai isu-isu kontem-porari (contemporary issues/ al-qadaya al-mua’sirah) dan isu-isu andaian (hypothetical issues/ al-qadaya al-iftiradiyyah). Bertitik tolak dari stuasi di atas, Universisti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bercadang menghimpunkan para ilmuan Islam dari seluruh dunia Islam dalam satu seminar yang diharap akan dapat memberi pandangan dan penyelesaian yang konkrit kepada isu-isu dan persoalan-persoalan kontemporari samada dalam bidang syariah, akidah, bahasa Arab dan pemikiran Islam yang belum terjawab.
  • Maklumat dalam Bahasa Arab

Bidang Perbincangan seminar ICCIMS

  • a.Isu-isu kontemporari mengenai zakat dan cukai pendapatan.
    b.Isu-isu kontemporari mengenai kewangan dan perbankan Islam.
    c.Isu-isu kontemporari mengenai munakahat dengan tumpuan kepada Maqasid al-Shari’ah dalam perkahwinan dan tindakan-tindakan perlu dan berkesan dalam menangani masalah perceraian.
    d.Isu-isu kontemporari mengenai pelaksanaan hudud, qisas dan ta’zir di negara-negara Islam masakini.
    e.Isu-isu mengenai pelaksaan konsep syura dalam pemerintahan dan mengambil faedah dari prinsip dan sistem demokrasi yang tidak bercanggah dengan ketentuan-ketentuan shara’ dan maqwasid al-shari’ah.
    f.Isu-isu kontremporari berkaitan perubatan, pengubatan dan pembedahan.
    g.Isu-isu kontemporari mengenai wakaf, hibah dan sadaqah sebagai pemangkin ekonomi umat Islam.
  • a.Isu-isu kontemporari akidah dengan tumpuan kepada kepentingan tauhid dalam mewujudkan individu dan masyarakat bertamadun.
    b.Isu-isu kontemporari mengenai al-Qur’an dan Sains dengan fokus kepada aliran-aliran tafsir al-Qur’an.
    c.Isu-isu kontemporari mengenai Sunnah Nabawiyyah dan persoalan-persoalan mengenai aplikasinya dalam menyelesaikan masalah ummah.
    d.Isu-isu kontemporari mengenai perbandingan agama dan aliran ekstrimisme dan liberalisme yang mencabar kemurnian Islam.
    e.Isu-isu kontemporari mengenai metodologi dakwah Islamiah dalam menghadapi cabaran dunia digital.
  • a.Isu-isu kontemporari pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab bagi golongan yang bukan Arab
    b.Isu-isu kontemporari dalam teks kesusasteraan Arab.
    c.Isu-isu kontemporari balaghah dan komentar teks Arab.
    d.Isu-isu kontemporari dalam mempertingkatkan peranan Nahw Bahasa Arab dalam memberi sumbangan kepada perkembangan syariat.
  • a.Isu-isu kontemporari dalam pengurusan hotel dengan tatacara dan etika Islam.
    b.Isu-isu kontemporari dalam penampilan diri pekerja hotel mengikut adab-adab Islam.
    c.Isu-isu kontemporari dalam pemasaran produk halal ke negara-negara Islam dan bukan-Islam.
  • a.Isu-isu kontemporari dalam transaksi perbankan melalui sistem komputer.
    b.Isu-isu kontemporari dalam penggunaan multimedia kreatif dalam pembuktian kes-kes sivil dan jenayah.
    c.Isu-isu kontemporari dalam penggunaan multi media kreatif dalam pengajaran mata pelajaran syariah, usuluddin dan bahasa Arab.

Info Seminar ICCIMS

  • Dr. Mohamaed Shafie Moftah Bosheya – 014-2514215 (Bahasa Arab)
    Dr. Yusuf Haji Othman – 017-5872778 (Bahasa Melayu dan Inggeris)
  • a.Semua abstrak, cv penulis dan kertas kerja dalam bahasa Arab dihantar kepada:
    Pengurusi Jawatankuasa Ilmiah di alamat berikut:
    shafie Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    b.Semua abstrak, cv penulis dan kertas kerja dalam bahasa Inggeris dan Mealayu dihantar kepada:
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • a.US150 bagi penulis dan pembentang dari luar Malaysia.
    b.RM300 bagi penulis dan pembentang dari dalam Malaysia.
    c.RM150 bagi penulis dan pembentang dari kalangan tenaga pengajar/ pegawai dalaman UniSHAMS.
    d.RM100 bagi penulis dan pembentang dari kalangan Siswazah UniSHAMS.
    e.RM50 bagi pelajar dan hadirin biasa.
  • a.Kertas-kertas kerja akan dibukukan dalam bentuk Prosiding Seminar dan diedarkan kepada semua penulis kertas kerja dan juga satu naskah dalam bentuk PDF akan dihantar kepada pos elektronik para penulis.
    b.Akan dihantar sebanyak 10 kertas-kertas kerja terpilih untuk dimuatkan dalam jurnal Scorpos.
    c.Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang bayaran perjalanan dan penginapan perserta sama ada dari dalam atau luar negara.
    d.Pihak penganjur akan memberikan beg seminar, satu naskah dari prosiding seminar, sijil penglibatan, makan tengahari bagi semua pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara.
    e.Sijil kehadiran akan diberikan kepada para peserta dan satu naskah CD.
  • a.Tarikh akhir penerimaan abstrak kertas kerja dan cv penulis adalah SEBELUM 15hb Julai 2018.
    b.Tarikh akhir jawapan diterima abstrak adalah SEBELUM 15hb Ogos, 2018.
    c.Tarikh akhir diterima kertas kerja yang sepenuhnya adalah sebelum 15 September 2018.
    d.Tarikh akhir diterima kertas kerja setelah pengeditan dibuat dimana perlu adalah SEBELUM 30hb Oktober 2018.
    e.Tarikh pembentangan kertas kerja 23-24 Disember 2018.
  • Utama
  • Seminar Antrabangsa Pertama

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my
logo_setara logo_mqa