• 03042018
  • LATAR BELAKANG

    Persatuan Alumni INSANIAH satu organisasi yang berdaftar dibawah ROS (NO. PENDAFTARAN : (PPM-001-02-2008-2015) secara rasminya dan berfungsi menjaga kebajikan alumni serta mengaktifkan peranan alumni UniSHAMS dalam mempromosi,menaikkan naik nama UniSHAMS serta bersama-sama membantu merealisasikan misi dan visi UniSHAMS.
  • MATLAMAT PENUBUHAN

    • Menggalakkan interaksi dalam kalangan ahli, mahasiswa kolej universiti insaniah dan pihak berkuasa insaniah melalui program bersama untuk memperkasakan pelbagai bidang meliputi duniawi dan ukhrawi.
    • Menyertai secara aktif dalam pembangunan intelektual di insaniah melalui program seperti persidangan, seminar, penulisan dan penyelidikan.
    • Menjadi duta dalam mempromosikan insaniah.
    • Merancang dan mengadakan khidmat komuniti.
    • Membantu insaniah dalam membudayakan semangat cintakan universiti kepada pelajar-pelajar insaniah.
  • KEAHLIAN

    Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:
    Kewarganegaraan : Malaysia
    Umur Minima : 18 tahun
    Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia Dan Antarabangsa
    Keturunan/Bangsa : Semua Jantina : Lelaki dan Perempuan
    Agama : Semua Kriteria Keahlian Yang Lain : Pelajar-pelajar Lepasan Insaniah Warganegara Dan Bukan Warganegara
  • BENDERA DAN LOGO

    bendera alumni
    Keterangan:

    1.Simbol 3 orang graduan melambangkan graduan lepasan INSANIAH.
    2.Simbol tangan menadah melambangkan permuafakatan diantara INSANIAH dan para graduan lepasan INSANIAH.
    3.Logo INSANIAH melambangkan lambang rasmi INSANIAH.
    4.Warna ungu dan kuning melambangkan warna rasmi INSANIAH.
     
    logo alumni
    Keterangan:

    1.Simbol 3 orang graduan melambangkan graduan lepasan INSANIAH.
    2.Simbol tangan menadah melambangkan permuafakatan diantara INSANIAH dan para graduan lepasan INSANIAH.
    3.Logo INSANIAH melambangkan lambang rasmi INSANIAH.
    4.Warna ungu dan kuning melambangkan warna rasmi INSANIAH.
  • CARTA ORGANISASI

    carta

Aktiviti Alumni

Mesyuarat JK Alumni Kali ke- 1

Tarikh : 08-02-2016
Tempat : Bilik Mesyuarat JHEP

Mencipta logo baru

Tarikh : Januari 2017

Meghantar laporan kepada ROS

Tarikh : Januari 2017
Tempat : Pejabat UCTC

Membuka akaun bank alumni

Tarikh : Februari 2017
Tempat : Bank Islam Sungai Petani

Mesyuarat JK Alumni Kali ke- 2

Tarikh : 31-03-2017
Tempat : Sek.Ren.(SAIF),Guar Cempedak

Perkongsian Kerjaya Bersama Alumni INSANIAH

Perkara : 1st Step Before Work –Program Series –
2) Mr. Abdullah Umayr bin Mohd Yunus Shariah Counsel, 1st Abu Dhabi Bank, Dubai
Tarikh : 27-08-2017
Tempat : Dewan Eksperimen,KUIN (Colabrasi dengan JHEP)

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Alumni INSANIAH

Tarikh : 03-02-2018
Tempat : Dewan Seminar,KUIN

MAJLIS IFTHOR BERSAMA ANAK YATIM DARUL AITAM

MAJLIS IFTHOR BERSAMA ANAK YATIM DARUL AITAM
KUALA KETIL, 23 Mei 2018 - Persatuan Alumni INSANIAH dengan kerjasama Masjid Al Rahman, Pantai Cicar telah mengadakan program Kasih Ramadhan bertempat di perkarangan Masjid Al Rahman.

Program berbentuk penyerahan sumbangan barangan makanan asasi ini dimulakan dengan solat asar secara berjemaah dan disusuli dengan penyerahan sumbangan kepada 10 keluarga terpilih dari kalangan mereka yang kurang berkemampuan.

Empat keluarga hadir menerima bantuan dalam satu majlis ringkas di perkarangan masjid sebelum urusetia bersama Imam Masjid Al-Rahman kemudiannya bergerak menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah

Menurut pengerusi alumni, Ustaz Shauqi Arshad, “ matlamat program adalah untuk mempromosikan Persatuan Alumni INSANIAH dengan tema “Alumni INSANIAH Peduli” disamping membuka peluang untuk persatuan menyantuni masyarakat yang berhampiran dengan Kampus Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah”, katanya.