Diploma Pengurusan Perniagaan

(R2/345/4/0443) 1.12.2023/(A 9705)
Program Diploma PengurusanPerniagaan (DPP) ini memfokuskan kepada bidang pengurusan perniagaan dengan tempoh pengajiannya selama 3 tahun (6 semester). Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai tahap kepimpinan serta pengurusan diri dan organisasi yang tinggi. Di dalam program pengajian ini, mata pelajaran seperti Pengurusan, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Operasi dan Pengeluaran, Perniagaan Antarabangsa, Gelagat Pengguna dan Gelagat Organisasi yang ditawarkan akan menjadi mata pelajaran khusus bidang pengurusan perniagaan. Kaedah pengajian bagi program ini adalah secara kuliah dan praktikal. Pelajar program ini akan menjalani latihan industri selama 16 minggu sebagai pendedahan kepada mereka dengan situasi dunia pekerjaan sebenar. Selepas tamat pengajian, pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan boleh menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS atau mana-mana IPTA dan IPTS yang lain. Selain itu, mereka sangat digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan dengan melibatkan diri dengan aktiviti pernigaan. Mereka juga mempunyai peluang besar membina kerjaya masa hadapan yang berkaitan dengan pengurusan sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.

Mohon Online
  • SYARAT KEMASUKAN
    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik

    Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.



    International Student

    1. IELTS 4.0/ CEFR A2 or

    2. TOEFL PBT (397) or

    3. TOEFL IBT (30-31) or

    4. CAE (160) (Cambridge English : Advance)/ CEFR B2 or

    5. CPE (180)(Cambridge English : Proficiency) CEFR C1 or

    6. PTE (Person Test of english) (30) or

    7. MUET (Malaysian University English Test) (Band 2)

  • Usahawan
    Penolong Pegawai Pentadbiran di sector awam dan swasta
    Pembantu Pengurus (Pemasaran /Operasi dan Pengeluaran/Sumber Manusia)
  • Utama
  • Diploma
  • Diploma Pengurusan Perniagaan (R/345/4/0443) 1.12.2018(A 9705)

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my