Pengajian Asasi Percuma

KUALA KETIL - Pusat Pengajian Asasi telah menganjurkan Majlis Pelancaran Skim Dermasiswa Negeri Kedah (SDNK) dan Anugerah Dekan bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, Kuala Ketil pada 28 November 2017 yang lalu.

Skim Dermasiswa Negeri Kedah merupakan antara inisiatif kerajaan negeri untuk menjadikan KUIN sebagai salah satu pilihan utama pelajar lepasan SPM khususnya yang berminat menyambung di peringkat persijilan asasi. Pelajar akan menikmati pengecualian yuran pengajian dan pentadbiran kerana ianya akan dibiaya oleh kerajaan melalui skim tersebut.

Pengarah Komunikasi Korporat KUIN, Hamlan Din berkata " statistik kemasukan pelajar ke program-program persijilan asasi KUIN telah banyak meningkat selepas skim ini mula diperkenal dan diiklankan, ia sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga dan pelajar itu sendiri. Apa yang lebih istimewanya ialah skim ini tidak terhad hanya kepada anak negeri Kedah, bahkan terbuka kepada sesiapa sahaja dari negeri-negeri lain dalam negara ini ."

Perasmian pelancaran SDNK disempurnakan oleh Hadijah Johari, Pengarah Pusat Pengajian Asasi yang mewakili Rektor KUIN. Seramai 200 orang pelajar telah menerima Skim Dermasiswa Negeri Kedah manakala 27 orang pelajar menerima sijil penghargaan dan Anugerah Dekan dengan purata 3.75 keatas.

Kolej Universiti INSANIAH

09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@insaniah.edu.my
aduan@insaniah.edu.my


logo_setara logo_mqa