• Pinjaman pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) merupakan satu bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi. Pinjaman yang diberi adalah bermula dari peringkat sijil hinggalah peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian  di dalam negara yang tersenarai dalam senarai institusi yang menerima tajaan LBNK. Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.

    • i. Permohonan dibuka mulai 15 Ogos hingga 15 September setiap tahun. (Bergantung kepada perubahan semasa)

    • i. Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah), atau salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah

      ii. Mendapat surat tawaran UniSHAMS

      iii. Tidak ada penganjur/penaja lain

      iv. Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah pertama secara SEPENUH MASA.
    • i. Diploma (RM4,000 setahun)

      ii. Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama) - (RM6,500 setahun)

    • ii. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web LBNK di laman sesawang www.lbnk.gov.my

  • SYARAT KELAYAKAN
    1. Permohonan yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) dan berstatus AKTIF sahaja.
    2. Pemohon / Ibu/ Bapa yang lahir di negeri Kedah Darul Aman(Sila kemukakan salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir).
    3. Pemohon dalam kategori fakir dan miskin sahaja yang layak dicalonkan untuk tajaan ini.
    4. Pemohon yang layak akan dihubungi untuk sesi temuduga.
    5. Maklumat yang sahih dan borang serta dokumen sokongan yang LENGKAP sahaja akan diterima dan diproses.
    6. Permohonan adalah secara atas talian (ONLINE)
    Mohon Online
  • Pengenalan :

    Affin Islamic Education Financing-i telah menawarkan pinjaman pendidikan kepada semua pelajar UniSHAMS di peringkat pengajian Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master), dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

    Tawaran pinjaman ini dibahagi kepada dua (2) pilihan iaitu pinjaman secara keseluruhan yuran semester dan penambahan pinjaman sedia ada (Tambahan pinjaman selain Affin Islamic bagi program yang tidak dapat menampung yuran keseluruhan) dengan jumlah minimum TIDAK KURANG RM5,000.00.

    Pinjaman ini dibuka sepanjang tahun dan permohonan hendaklah dikemukakan melalui Unit Penajaan & Pusat Khidmat Setempat Pelajar (OSSC) dengan mengisi borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan (Dinyatakan dalam borang permohonan).

    Untuk permohonan, sila muat turun borang berikut :

    1. Edu-i Checklist
    2. Edu-i Form
    3. Edu-i PDS
    4. CTOS Form
    5. PDPA Form
  • Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) mempelawa calon-calon UniSHAMS yang berkelayakan untuk memohon biasiswa penuh pendidikan bagi 8 program/peringkat pengajian.
     
    • i. Jadual ini telah dipersetujui di antara UniSHAMS dengan LZNK bagi setiap urusan khususnya tempoh permohonan pelajar.

      ii. Sila rujuk Jadual Urusan Biasiswa LZNK

    • i. Beragama Islam

      ii. Anak Negeri Kedah dan bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun dan mendapat pengesahan daripada JKKK/Amil

      iii. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup

      iv. Tahun pertama pengajian sahaja layak memohon

      v. Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian

      vi. Pemilihan pelajar melalui temuduga

    • i. Hanya 8 program sahaja ditawarkan biasiswa ni yang merangkumi 4 program Diploma dan 4 program Ijazah Sarjana Muda.

      ii. Sila rujuk syarat kelayakan sebelum permohonan dibuat.

      iii. Sila rujuk senarai program dan syarat kelayakan

    • i. Sila muat turun borang permohonan Biasiswa LZNK Klik Di Sini

      ii. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan dokumen berkaitan (disahkan oleh UniSHAMS) hendaklah dihantar ke Unit Penajan & OSSC pada atau sebelum tarikh permohonan ditutup.

      iii. Tawaran biasiswa ini adalah terhad

      iv. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
     
  • ptptn logo
    Info PTPTN
    • i. Jadual ini telah ditetapkan oleh PTPTN bagi setiap urusan khususnya Permohonan Online PTPTN dan Bayaran Pinjaman pada setiap semester.

      ii. Pihak PTPTN hanya memproses segala urusan/permohonan mengikut tempoh yang telah ditetapkan sahaja.

      iii. Setiap IPTA/IPTS mempunyai Jadual Urusan yang berbeza bagi memudahkan kelancaran kelulusan permohonan.

      iv. Sila rujuk Jadual Urusan PTPTN
    • i. Jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada pemohon adalah berdasarkan Tiga (3) kategori pendapatan waris/penjaga.

      Kategori 1 (Pembiayaan penuh/maksimum) :

      - Waris/penjaga disenarai penerima BR1M

      Kategori 2 (Pembiayaan 75% daripada jumlah maksimum) :

      - Pendapatan waris/penjaga TIDAK MELEBIHI RM8,000.00 sebulan

      Kategori 3 (Pembiayaan 50% daripada jumlah maksimum) :

      - Pendapatan waris/penjaga MELEBIHI RM8,000.00 sebulan

      ii. Sila rujuk Jadual Jumlah Pinjaman PTPTN
    • i. Permohonan pinjaman PTPTN adalah secara atas talian (ONLINE) sahaja mengikut Jadual Urusan PTPTN UniSHAMS.

      ii. Permohonan Online hanya dibuka 2 kali sahaja (Dikenali sebagai Kelompok Permohonan) bagi setiap sesi pengajian/kemasukan

      iii. Syarat Permohonan Online (Wajib ada sebelum Online)

      (a) Akaun Bank Islam (BIMB) sahaja. (Dibuka atas nama pelajar sahaja)
      (b) Akaun SSPN1M-i (Dibuka di semua Pejabat PTPTN Cawangan Negeri)
      (c) No.Pin PTPTN (Pembelian di Bank Simpanan Negara (BSN))
      (d) Email pelajar (Aktif)

      iv. Untuk Permohonan Online, Sila Klik Di sini

      v. Sila muat turun Panduan Pengisian Permohonan Online PTPTN
    • i. Pelajar/Waris/Penjaga hendaklah membawa 1 salinan dokumen sokongan seperti perkara (ii), (iii) untuk membuka akaun SSPN1M-i di Pejabat PTPTN.

      ii. Had Umur Pelajar (Dibawah 18 Tahun)
      * 1 Salinan saiz A4 Kad pengenalan Pelajar dan waris/penjaga
      * 1 Salinan surat kelahiran pelajar dan waris/penjaga


      iii. Had Umur Pelajar (Melebihi 18 Tahun dan ke atas)

      * 1 Salinan saiz A4 Kad Pengenalan Pelajar sahaja

      iv. Bayaran minimum pembukaan Akaun SSPN1M- i ialah RM20.00 dan ke atas.
    • i. Keputusan permohonan akan dikeluarkan dalam tempoh 6-8 hari bekerja selepas tarikh akhir permohonan Online mengikut kelompok tamat.

      ii. Kutipan dokumen akan dibuat pada minggu ke-2 di UniSHAMS selepas keputusan permohonan dikeluarkan.

      iii. Tarikh kutipan dokumen akan dimaklumkan melalui Portal Pelajar/ Portal Rasmi UniSHAMS (OSSC)/Kuliyyah

      iv. Penghantaran dokumen perjanjian selain di UniSHAMS adalah menjadi tanggungjawab pelajar.

      v. Tempoh sahlaku dokumen perjanjian adalah 14 hari daripada tarikh kelulusan dokumen perjanjian.
    • i. PTPTN telah menetapkan syarat di mana bayaran pinjaman akan dibuat sekiranya pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA 2.00 dan ke atas dan berstatus Aktif sahaja.

      ii. Pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA Dibawah 2.00, bayaran pinjaman tidak akan dikreditkan dan pelajar perlu membiaya sendiri yuran pengajian pada semester berikutnya.

      iii. Potongan yuran akan dibuat berdasarkan pendaftaran subjek yang dibuat oleh pelajar dan baki selebihnya akan dikreditkan ke akaun pelajar.

      iv. Pelajar perlu memastikan baki di akaun mestilah minimun RM30.00 untuk bayaran pinjaman/baki selepas potongan yuran.

    A. Permohonan Online PTPTN bagi UniSHAMS
    SEMESTER UniSHAMS KELOMPOK PERMOHONAN TEMPOH PERMOHONAN ONLINE PTPTN

    TEMPOH PROSES PERMOHONAN ONLINE
    & HANTAR DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN

     (JUN/JUL) PERTAMA 1 Jun hingga 30 Jun

    Keputusan Permohonan : 6 hari bekerja selepas tamat tarikh akhir permohonan Online

    Tempoh Sah Laku Dokumen Perjanjian PTPTN: 14 hari dari tarikh kelulusan dokumen.



    KEDUA 1 Julai hingga 31 Julai
     (DIS/JAN) PERTAMA 1 Disember hingga 31 Disember
    KEDUA 1 Januari hingga 31 Januari
    B.Jadual Urusan Bayaran Pinjaman PTPTN  Pelajar Semester 2 dan ke atas
    SEMESTER UniSHAMS KELOMPOK PENGESAHAN PELAJAR TINDAKAN PELAJAR UNTUK PROSES STATUS PENGAKTIFAN & BAYARAN PINJAMAN JANGKAAN BAYARAN PTPTN KEPADA PELAJAR
     (JUN/JUL) PERTAMA Sebelum 1 Julai Julai
    KEDUA Sebelum 16 Julai Ogos
     (DIS/JAN) PERTAMA Sebelum 1 Januari Januari
    KEDUA Sebelum 16 Januari Februari

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my
logo_setara logo_mqa