Tender Sebutharga Perkhidmatan Jurugambar Rasmi Sempena Istiadat Pemasyhuran Pro Canselor 1 & Konvokesyen Kali Ke- 20 UniSHAMS

TAWARAN MENYEDIAKAN KHIDMAT JURUFOTO RASMI SEMPENA

ISTIADAT PEMASYHURAN PRO CANSELOR 1 & KONVOKESYEN KALI KE-20

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

(UniSHAMS)

 

1.0 PENDAHULUAN

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) adalah sebuah institutusi pengajian tinggi milik kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. UniSHAMS dijadualkan akan mengadakan Istiadat Pemasyhuran Pro Canselor 1 & Konvokesyen Ke-20 pada 23 & 24 September 2018 (Ahad & Isnin). Dianggarkan seramai 1000 graduan akan menghadiri majlis konvokesyen tersebut yang bakal disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Bagi tujuan itu, UniSHAMS ingin mempelawa individu atau syarikat yang berminat dan berkelayakan untuk menyediakan ;

KHIDMAT JURUFOTO RASMI ISTIADAT PEMASYHURAN PRO CANSELOR 1 & KONVOKESYEN KALI KE-20

 

2.0 SKOP KERJA

Individu / syarikat yang terpilih dikehendaki:

  • Menyediakan satu set gambar (dari sudut yang berbeza) bagi setiap graduan yang mengandungi:

Cadangan pakej

  • 1 x 11R – berbentuk portrait
  • 1 x 8R (8’ x 10’) – berbentuk landscape
  • 1 x5R – berbentuk portrait
  • Sekeping CD salinan bagi gambar-gambar tersebut di atas
  • Menyerah / menghantar gambar-gambar tersebut kepada para graduan (serahan sehari selepas graduasi atau pos ke alamat kediaman)
  • Membuat liputan keseluruhan majlis termasuk sesi bergambar (berkumpulan) VVIP.
  • Menyerahkan salinan ‘softcopy’ semua gambar yang dirakam kepada Unit Dokumentasi, Pusat Pemasaran, Jaringan Industri & Komuniti.
  • SYARAT PERMOHONAN

3.1 Individu / syarikat dikehendaki menghantar kertas cadangan ringkas (proposal) yang

mempunyai:

  1. Profil individu atau syarikat
  2. Tawaran harga bagi setiap pakej yang dicadangkan (harga atas setiap graduan)
  • Beberapa contoh gambar konvokesyen yang pernah diambil.
  1. Kelengkapan yang akan digunakan
  2. Kaedah serahan gambar kepada graduan
  • Permohonan/proposal hendaklah dihantar sebelum atau pada 5 Ogos 2018 kepada:

Jawatankuasa Kecil Pengurusan Graduan

(Unit Urusan Gambar Graduan)

Istiadat Pemasyhuran Pro Canselor 1 & Konvokesyen ke-20

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

09300 Kuala Ketil, Kedah.

TEL: 04-4155000 ext : 5085 / 019-3129302

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my